CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Susah Ke Guna Bahasa Melayu Dalam Twitter?

31-10-2019 10:40 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9117| Komen: 30|Original author: Oleh: natrahn

Kredit Foto - MSN.com


Sikap pelik orang Malaysia, di mana sebahagiannya berasa susah untuk berbahasa Melayu dalam kehidupan seharian mahupun ketika menggunakan media sosial. 

Bahasa Inggeris dilihat menjadi pilihan utama meluahkan rasa getar di jiwa selain untuk berkomunikasi di ruang itu. Kononnya, bahasa Inggeris dilihat lebih ringkas, mudah dan senang difahami seperti yang diciap menerusi akaun Twitter ini.




Kredit foto:  Twitter 


"Sejujurnya, ciapan dalam bahasa melayu lebih sukar berbanding bahasa Inggeris kerana bahasa melayu memerlukan penggunaan lebih banyak huruf/struktur ayat. Kadangkala mesej tidak dapat disampaikan apatah lagi jika melibatkan fakta melain bahasa Wicet atau Rempit (bahasa pasar) digunakan."

Ciapan ini mengundang perdebatan dalam kalangan warganet. Lihat :





"Sejujurnya, agak sukar untuk saya baca ciapan kamu walaupun ianya ditulis dalam bahasa Inggeris. Tatabahasa kamu teruk. Apakah bezanya i'm dan sy? Tiada. Kerana keduanya adalah singkatan. Bahasa Inggeris menggunakan lebih banyak ruang dari Bahasa Melayu sekiranya singkatan / ayat sempurna digunakan"


"Saya lihat ramai rakyat Malaysia yang berciap dalam bahasa Inggeris gagal menyampaikan mesej keseluruhannya. Jadi saya tidak setuju dengan anda."




Kemuncaknya, saudara Rhys William yang sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewanya bahawa orang Malaysia sendiri malu dan tidak suka berbahasa Melayu turut mengulang ciap hantaran itu. Boom! 




Rhys William atau nama penuhnya Rhys William James, sudah menetap enam tahun di negara ini dan sangat mengagumi Bahasa kebangsaan kita.

Malah, Rhys sangat fasih berbahasa melayu dan penggunaan Bahasa melayu di setiap platfom media sosial miliknya juga sangat baik.

Orang 'luar' seperti Rhys lebih menghargai bahasa kebangsaan kita. Umum sedar akan keperluan untuk menguasai bahasa asing pada era ini, tetapi janganlah sehingga melupakan bumi yang dipijak. 

Betul ke susah nak guna bahasa melayu dalam media sosial terutamanya Twitter? Apa pandangan anda? - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 31-10-2019 10:48 AM
Topik yang bagus, saya pun selalu guna BI dlm media sosial, bukan tak suka BM tp mesej lebih sampai.

Kalau guna full BM macam skema.
Quote Boomibulat 31-10-2019 11:00 AM
BM x sedap kut..
Tweet=ciap..
Quote mizruncing 31-10-2019 11:24 AM
RPA rileks je ckp melayu
Quote AbukRokok 31-10-2019 11:26 AM
dalam tweet senng sebut fuck fuck it fuck off
klu sebut celako... mcm xbest
Quote cikatilia 31-10-2019 11:29 AM
bila ckp malay jadi sgt serious and matang gitu

unless yela bahasa rempit bbnu
Quote smartaleck07 31-10-2019 11:42 AM
dlm instagram pun, hebat retis2 msia tulis captions in english.. bila kena cakap english, hampeh.. hahaha
Quote mdhelmi 31-10-2019 11:42 AM
guna je pape bahasa pon
janji jaga adab
Quote papazola90 31-10-2019 12:30 PM
Mentaliti pendatang mesti marah kalau cakap mcm tu.
Quote buragazz 31-10-2019 12:33 PM
Jap.. kenapa perlu tukar tweet ke ciap bukan ke memang nama khas Twitter... tukar kan aje contoh tuit macam masa kita kecik2 dulu.. selain Cop kita juga guna tuit...

Tapi sejujurnya saya memang mengemaskini segala bentuk media sosial dalam bahasa melayu.. cuma, sekiranya perkataan itu sukar difahami contoh seperti perkataan ciap.. saya akan ganti dengan perkataan asal iaitu "Tweet" atau "Twitter" sekian...
Quote Artemesiaa 31-10-2019 12:54 PM
Bersangka baik sudah mungkin dia juga ada kenalan warga asing yang hanya pandai membaca dalam bahasa inggeris sebab tu mungkin bahasa itu digunakan
Quote uda 31-10-2019 01:11 PM
Boomibulat replied at 31-10-2019 11:00 AM
BM x sedap kut..
Tweet=ciap..

I baru tahu hari ni yang ciap tu tweet. Ingatkan postings
Quote Boomibulat 31-10-2019 01:23 PM
uda replied at 31-10-2019 01:11 PM
I baru tahu hari ni yang ciap tu tweet. Ingatkan postings

Klu bahasa indon tweet=ciak..mcm burung ciak je bunyi dia
Quote Catpaw 31-10-2019 01:26 PM
Ini semua poyo
Quote kucingTomey 31-10-2019 01:51 PM
ade agama baru di dunia skarang...agama twitter
Quote awanysss 31-10-2019 01:55 PM
tp aku pun ada masalah ni jugak sebenarnya.
menulis/type aku mmg prefer english je, kalau nak buat dalam bm mcm tak dapat ayat dia..
maybe sbb dr sekolah dah biasa belajar and jawab exam dlm english..

tp tu la, bila nak cakap english mcm katak gagap pulak.. hnmm
Quote LadyCarefree 31-10-2019 01:56 PM
Rhys tu guna bahasa pasar. Lagipon dia mmenag nk ambil kesempatan kot
Quote Asdan 31-10-2019 01:59 PM

internet universal jadi bahasa universal lebih sesuai
Quote Wankembang 31-10-2019 02:55 PM
AbukRokok replied at 31-10-2019 11:26 AM
dalam tweet senng sebut fuck fuck it fuck off
klu sebut celako... mcm xbest

Tp celako tu lebih ganas!  Haha
Quote Wankembang 31-10-2019 02:58 PM
Lantaklah nak guna BM atau BI, asalkan mesej sampai & sebolehnya t.bhs tu tepat (BM atau BI).

Ni ada yg lahir Melayu tp dah lah BM hancur, BI lagi parah.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.445126 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top