"Dah kenapa simpan video semua tu?" Gara-gara menyimpan 55 video lucah dalam telefon bimbitnya, seorang pemilik kedai telefon didenda RM8,250 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret dekat Kuala Lumpur.
Tertuduh, See Foo Hoong, 36 dijatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di sebuah restoran kopitiam, di Bandar Baru Seri Petaling, pada 12.30 tengah hari, 25 Oktober 2018, petik Bernama. Dia ditanya sama ada menyimpan video lucah itu untuk diri sendiri atau untuk dijual, tertuduh menjawab ia untuk dirinya sendiri. Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Tertuduh yang diwakili peguam KT Tang turut merayu agar diberikan hukuman berbentuk denda atas alasan dia menanggung isteri serta dua anak. - CARI
|
batmana replied at 30-10-2019 06:00 PM
Ramai je customer aku.bila btulkn tepon dorg ada file cmni..nk Kene report ka?
batmana replied at 30-10-2019 06:00 PM
Ramai je customer aku.bila btulkn tepon dorg ada file cmni..nk Kene report ka?
RatuDunia94 replied at 30-10-2019 07:28 PM
Cane org boleh tau heols simpan video lucah?

batmana: Ramai je customer aku.bila btulkn tepon dorg ada file cmni..nk Kene report ka?
ADVERTISEMENT