Pejam celik, dah lebih setahun Nazim Othman hidup menduda sejak bercerai dengan Bella Dally Mei tahun lepas. Bella dah bahagia dengan suami baru, Nazim tak nak cari pengganti ke?
Katanya, tidak bersedia lagi nak memikirkan tentang jodoh dan selesa bebas macam sekarang.
"Kalau ada masa saya akan bercuti ke luar negara, tak ada masa fikir tentang jodoh. Tambah pula, saya tak fokus nak cari pasangan, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. "Tapi, saya sendiri tak boleh nak komen sampai bila situasi ini akan berlanjutan. Sejujurnya, saya tak pernah ada calon pengganti, skandal pun tak ada," katanya kepada mStar Online.
Lepas bercerai, Nazim kata dia dah tutup pintu hatinya untuk menerima cinta. Sampai ada yang mendakwa Nazim kerap bercuti sebab jiwanya selalu kacau. "Awalnya, memang kita tutup terus, kunci kita buang. Saya suka bercuti sejak umur 19 tahun, jadi tiada istilah travel sebab jiwa kacau," tambahnya. Menurutnya lagi, kalau ada ruang mesti akan berjalan sebab banyak lagi tempat di dunia ini dia belum jelajah. Tak mengapalah Nazim, mana tahu jumpa jodoh dari luar negara pula. Tukar angin kata orang. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|