Semalam ada laporan mengenai seorang guru berusia 30-an yang ditemui meninggal dunia di atas katil di rumahnya Kampung Banggol, Jeneri. Memetik laporan Astro Awani, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan masih memakai telekung oleh suaminya dalam kejadian antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang.
Sebelum ini, dia dipercayai dibunuh oleh orang tak dikenali namun laporan terbaharu mendapati tiada unsur jenayah yang dikaitkan dengan kematiannya. Malah, pihak polis mendapati kematian tersebut disebabkan Coronary Atherosclerosis (kegagalan arteri jantung). Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, hasil bedah siasat juga mendapati tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Dalam kejadian semlam, mangsa dipercayai mati akibat dibunuh dan disamun ekoran terdapat kesan darah pada mulut mangsa selain keadaan bilik dalam keadaan berselerak. - CARI
|
ADVERTISEMENT