CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Perangai Macam Syaitan' - 7 Remaja Perempuan Dua Kampung Gaduh Macam Samseng

31-10-2019 10:30 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8775| Komen: 34|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sebuah video pergaduhan berdurasi 25 saat yang melibatkan dua kumpulan pelajar perempuan kini tular di media massa. 

Menurut laporan Berita Harian, kumpulan itu terdiri daripada remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun.



Kredit foto: Sabah Viral

Menurut laporan tersebut, kejadian berlaku di Padang Bandaran Lahad Datu kira-kira jam 5.30 petang. Ianya bermula apabila beberapa remaja dari Kampung Panji telah bertemu dengan ramaja dari Kampung Pisang untuk membincangkan perselisihan mengenai isu tempat tinggal mereka. 

Apabila kumpulan Kampung Pisang mula mengeluarkan kata-kata kesat menuduh remaja Kampung Panji tidak mempunyai dokumen (PTI) dan selalu 'check-in' hotel,  kedua-dua kumpulan remaja bersepakan untuk bertemu di lokasi bagi menyelesaikan masalah tersebut.



Bagaimanapun, perbincangan damai akhirnya berakhir dengan pergaduhan ganas dan sempat dirakam dan ditularkan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Salah seorang mangsa pergaduhan berusia 16 tahun kemudian membuat laporan polis, tetapi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasir Mansor mengatakan mangsa dan semua remaja itu sebaliknya ditahan untuk siasatan. 

Menurut beliau, kesemua remaja warga tempatan itu didapati masih bersekolah dan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Netizen yang menonton video itu melabelkan remaja terbabit sebagai 'berperangai seperti syaitan' dan tidak patut dicontohi.


Kredit foto: Youtube

Kredit foto: Youtube

Semoga kisah ini menjadi teladan buat remaja-remaja lain. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 31-10-2019 10:46 AM
ingatkan K E L.. rupanya budak lahad datu pun nak mendunia
Quote natrahn 31-10-2019 11:04 AM
Bikin malu saja bah
Quote fifie_olin 31-10-2019 11:13 AM
pe la pya bodoh memasing
ko dpt sakit je dek
Quote Sang_Pencinta 31-10-2019 11:23 AM
'kampung panji menang! Kampubg panji menang!' bilangnya lol
Quote uori 31-10-2019 11:38 AM
zaman aku dulu bergaduh rebut nak minat retis je


Quote NekNgah 31-10-2019 11:42 AM
Pendek akal.  Badan sakit, kena viral, kena tahan polis.
Quote tagas 31-10-2019 12:02 PM
Edited by tagas at 31-10-2019 12:03 PM

royal rumble versi betina2 garih
Quote buragazz 31-10-2019 12:23 PM
Beriyer berebut jantan sekali tgk ghuper jantan.. ketagori pecah rumah.. adehh.. sedeyy...
Quote Artemesiaa 31-10-2019 12:56 PM
Dah tua nanti pasti malu melihat diri dalam video yang disebarkan
Quote justchu 31-10-2019 01:08 PM
Edited by justchu at 6-11-2019 10:24 AM

Dah kalo dari lahad datu sure ramai suluk...tayah la tuduh2 takde IC ke bagai, mmg majoriti ko dari pilipin suluk tu la jua...mmg kalo dia takde ic, sentap sampai tulang hitam dek....yg ada ic beli tu senyum smpai telinga bole kutuk2 org yg takde ic lg
Quote gideoncross 31-10-2019 02:57 PM
Ye ke kta dlm screenshot tu kbanyakkan budak prmpuan umur 16 thun sllu nya miang llaki? Iol dlu x mcm tu pun msa brumur 16 thun, rilek je, pompuan2 lain dlm skolah iol mcm tu lh dlu, Form 2 & 3 sllu busy psl mcmna nak ngurat llaki & ada bf, iol xde mcm tu. La ni umur nak msuk 29 thun bru lh trfikir tntng nak ada teman hidup.
Quote gideoncross 31-10-2019 03:20 PM
prettyuglybabe replied at 31-10-2019 10:46 AM
ingatkan K E L.. rupanya budak lahad datu pun nak mendunia

Dlu iol prnh trtngok satu video ni kat YT psl org2 Sabah gaduh kat kwsn kdai area KK & ada satu komen ni bgitahu budak2 yg brgaduh tu dri suku kaum Bajau. Entah lh.

Quote Supersirap 31-10-2019 04:00 PM
Jadikan perkara ini sebagai pengajaran
Quote Catpaw 31-10-2019 04:21 PM
Nasib badan la dek, zaman cctv di hujung jari ni
Quote Ratutulip 31-10-2019 04:44 PM
hurmmm ni kalau mak masing2 nmpk ni mau kena tarik rambut... seret balik rumah....
Quote Modngengade 31-10-2019 04:59 PM
uori replied at 31-10-2019 11:38 AM
zaman aku dulu bergaduh rebut nak minat retis je

gelenyarnya kau sis

Quote Modngengade 31-10-2019 05:01 PM
gideoncross replied at 31-10-2019 02:57 PM
Ye ke kta dlm screenshot tu kbanyakkan budak prmpuan umur 16 thun sllu nya miang llaki? Iol dlu x mc ...

cepat2 lah cari jantan sis  sebelum dianugerahi gelaran andartu

Quote uori 31-10-2019 05:44 PM

kan! sekarang acah2 merengsa tengok bebudak minat kpop bagai
sedangkan dulukala aku pun merenyam sama.
tapi aku tak gocoh berebut jantak, k

#keanuforever


Quote Pink_Purple 31-10-2019 09:10 PM
ujung ujung semua xde ic

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.118115 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top