|
Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mati lemas dalam tong air di rumahnya di Tamil Nadu, India. Memetik Mirror, ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang menonton berita yang melaporkan kematian kanak-kanak lelaki yang maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi. Revathi Sanjana dikatakan terjatuh ke dalam sebuah bekas air di dalam bilik air pada Selasa iaitu hari sama seorang lagi kanak-kanak, Sujith Wilson, 2, diumumkan meninggal dunia selepas terperangkap empat hari di dalam perigi. Ibu bapa mangsa bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital sejurus mendapati tubuh mangsa berada di dalam bekas setinggi tiga kaki berkenaan.
Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital, lapor The Sun. Sebelum ini, Sujith dilaporkan terjatuh ke dalam perigi sedalam 30 kaki pada Jumaat lalu ketika bermain berhampiran rumahnya di Tiruchirappalli di Tamil Nadu. Namun, pada Ahad kanak-kanak itu melungsur lagi sedalam 70 kaki. - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 12:01 AM GMT+8 , Processed in 1.109092 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.