“Saya bangga guna kereta Proton Inspira terpakai. Bukan semua ahli politik gilakan wang dan kuasa." Itu yang dikatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Twitter miliknya.
Ia sekaligus memberi tamparan kepada sesetengah warganet yang mendakwa menteri atau ahli politik semuanya gilakan kuasa dan wang. Menerusi hantaran di Twitter itu, Syed Saddiq berkata tuduhan tersebut tidak benar kerana hingga kini beliau masih menggunakan kereta Proton Inspirasi terpakai. “Saya masuk politik untuk bersihkan politik. Tanggungjawab besar yang diberikan rakyat supaya saya jadi yang berkhidmat," ujarnya.
Menteri termuda itu menjawab sindiran seorang pengguna Twitter yang memberi pandangan negatif kepada ahli politik yang dianggap gilakan harta dan kuasa. Dalam pada itu, di ruang komen ada pelbagai reaksi yang diberikan oleh para warganet. Mereka nampaknya seakan tidak percaya dengan kenyataan Syed Saddiq dan turut memuat naik gambar beliau menggunakan kereta Honda City. Ia bagaimanapun disangkal oleh pengguna yang lain dengan menyatakan kereta Honda itu adalah milik abang kepada menteri berkenaan. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
Perawankota replied at 1-11-2019 07:32 PM
Saddiq aku x der keje ni.. Leh x dpt kan aku keje
Perawankota replied at 1-11-2019 07:32 PM
Saddiq aku x der keje ni.. Leh x dpt kan aku keje
ADVERTISEMENT