Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya Rihana Petra, bekas isteri kepada Sultan Kelantan akhirnya mendedahkan wajah anak lelaki yang didakwanya zuriat daripada mantan suaminya itu. Memilih untuk membuat temubual dengan MailOnline, Rihana dengan bangganya mendedahkan wajah Leon Petra buat pertama kali. "Inilah wajah Putera saya" kata mantan Ratu Moscow itu. Ismail Leon kini berumur 5 bulan dan memiliki paras wajah yang dikatakan mirip kepada Sultan Muhammad V. "Wajahnya iras ayahnya, mirip orang Asia" kata Rihana lagi. Menurut Rihana, beliau mengandung ketika mereka berdua sedang berbulan madu di Australia selepas perkahwinan mereka pada Jun 2018. Pasangan itu berpisah ketika Rihana mengandung empat bulan dan Rihana kemudian diceraikan dengan talak tiga. Rihana kemudian memulakan prosiding undang-undang untuk menuntut DNA mantan suaminya yang mendakwa tidak ada bukti Leon adalah anaknya. Jadi berdasarkan wajah yang ditunjukkan dalam temubual itu, adakah wajah bayi tersebut mirip Sultan Kelantan? - CARI |
ADVERTISEMENT