CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Sering Amalkan Susu Kefir' - Rahsia Wanita Tertua Rusia Hidup Sehingga 123 Tahun

29-11-2019 11:31 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 7655| Komen: 59|Original author: Pink Lily

Kredit foto: Mirror.co
Seorang nenek di Rusia yang dikatakan wanita tertua dunia, meninggal pada usia 123 tahun.

Tanzilya Bisembeyeva yang dilahirkan pada 1896 telah melalui 3 abad, termasuk revolusi Rusia, zaman kezaliman Stalin dan zaman kejatuhan Soviet, serta pernah bertemu Vincent Van Gogh. 

Menurut keluarganya, rahsia Bisembeyeva mampu hidup lama adalah kerana sentiasa optimis dan kuat bekerja. Beliau juga mengamalkan minum susu kefir, iaitu susu yang difermentasi. 

Warga emas ini juga 'tidak pandai duduk diam' dan mengamalkan gaya hidup sihat; tidak merokok, hanya makan makanan semulajadi, dan bekerja selama bertahun-tahun sehingga menerima anugerah buruh. 

Rakan-rakannya mengatakan yang Bisembeyeva hanya berjumpa doktor selepas usianya lebih daripada 100 tahun. 


Surat beranak Bisembeyeva. Kredit foto: Mirror.co
Berketurunan Kazakh dan beragama Islam, Bisembeyeva merupakan anak sulung daripada lapan beradik, dan berkahwin selepas revolusi sewaktu bekerja sebagai buruh pertanian. Suami pertamanya hilang sewaktu Perang Dunia Kedua. Beliau berkahwin baru dan dikurniakan anak pertamanya pada usia 53 tahun dan kemudian melahirkan lagi 2 anak lelaki, mendapat 10 orang cucu, 25 orang cicit dan dua orang piut. 

Pengakuannya sebagai wanita tertua di Rusia telah disahkan oleh Russian Book of Records dan kerajaan Rusia sendiri. Sekiranya benar, ia menjadikan warga emas ini penduduk tertua di dunia. 

Kredit foto: Mirror.co
Walaupun menjadi penduduk Rusia tertua, namun beliau jarang menggunakan bahasa Rusia, sebaliknya lebih selesa menggunakan bahasa Kazakh. 

"Dia seorang yang lemah lembut. Dia akan sentiasa peluk dan cium kamu, dan bertanya perasaan kamu, dia suka membantu," kata jirannya, Valentina Akbasova, tiga tahun lepas.  - CARI 

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 29-11-2019 11:34 AM
She is a muslimah !  
Quote Asdan 29-11-2019 11:45 AM

tanya sikit, kenapa bunyi kefir macam bunyi kafir, adakah asal dari dasar perkataan yg sama ?
Quote ifanonline 29-11-2019 11:46 AM
antara punca2 yg generasi sekarang tidak hidup lama adalah:

1. merokok
2. vaping / vape
3. curut
4. makanan segera / fast food
5. preservatives in our daily consumption
5. pencemaran alam sekitar
6. chemicals in the air
7. stress
Quote Kurex 29-11-2019 11:55 AM
Asdan replied at 29-11-2019 11:45 AM
tanya sikit, kenapa bunyi kefir macam bunyi kafir, adakah asal dari dasar perkataan yg sama ?

soalan aku pun "kenapa kalau bencana banjir kena kaitkan dengan sumpahan ikan?"
Quote polluxsstar 29-11-2019 12:07 PM
ifanonline replied at 29-11-2019 11:46 AM
antara punca2 yg generasi sekarang tidak hidup lama adalah:

1. merokok

ringkasnya

1) tidak mengawal pemakanan yang diambil
2) lifestyle yang tidak sihat


Quote ifanonline 29-11-2019 12:10 PM
polluxsstar replied at 29-11-2019 12:07 PM
ringkasnya

1) tidak mengawal pemakanan yang diambil

sebabtu kerajaan seeloknya perkenalkan 'sugar tax'..semacam sin tax juga yg cover rokok, arak dan judi...

Malaysia antara negara yg mempunyai bilangan manusia tertinggi menghidapi diabetes a.k.a kencing manis
Quote Boomibulat 29-11-2019 12:14 PM
Asdan replied at 29-11-2019 11:45 AM
tanya sikit, kenapa bunyi kefir macam bunyi kafir, adakah asal dari dasar perkataan yg sama ?

Limau purut pun dipanggil kaffir lime..tp klu minum x jatuh hukum kapir lehnat..
Quote chicozinn 29-11-2019 12:17 PM
Kurex replied at 29-11-2019 11:55 AM
soalan aku pun "kenapa kalau bencana banjir kena kaitkan dengan sumpahan ikan?"

babiknye soalan balasan ko nihhhh kurekkkk..terhibur aku..ahahahahhahaha
Quote palmolive 29-11-2019 12:22 PM
aku menunggu jawaban
Quote Asdan 29-11-2019 12:26 PM
Boomibulat replied at 29-11-2019 12:14 PM
Limau purut pun dipanggil kaffir lime..tp klu minum x jatuh hukum kapir lehnat..

macamana asalnya perkataan ini boleh jadi serupa ?
Quote fliphair8 29-11-2019 12:44 PM
Boomibulat replied at 29-11-2019 12:14 PM
Limau purut pun dipanggil kaffir lime..tp klu minum x jatuh hukum kapir lehnat..

jumaat boom....sabo
Quote Fly_over 29-11-2019 01:18 PM
baca perenggan akhir
Quote Genkidesuka 29-11-2019 02:45 PM
Asdan replied at 29-11-2019 11:45 AM
tanya sikit, kenapa bunyi kefir macam bunyi kafir, adakah asal dari dasar perkataan yg sama ?

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Tak tahu la kena-mengena atau tidak.  The grains used to ferment the milk is called kefir grains.  Interesting enough, the animal hides used are called kuf or kuffayn in Arabic.  Google:  Milk keffir history yemoos nourishing culture.
Quote cm_matjawasp 29-11-2019 03:03 PM
Insyaallah kita pun akan cipta rekod yang sama tapi kategori lain.hangpa pun boleh agak sapa dia
Quote Simunggu 29-11-2019 03:42 PM
ifanonline replied at 29-11-2019 11:46 AM
antara punca2 yg generasi sekarang tidak hidup lama adalah:

1. merokok

8. semburit
9. tak tahan sejuk
10. terpaksa tembak babi

Quote dani-rox 29-11-2019 04:25 PM
Good for her.

Ai secara peribadi takbleh bygkan hidup sampai 100thn lebih. Semua ahli korga, suami dan kawan2 yg rapat dgn ai dah mati. Mungkin ai tak reti pakai gajet2 zaman akan datang.
Apapun bersyukur kalau ditakdirkan umur panjang badan masih sihat tp kebarangkalian ai jd org tua kerepot yg annoying sgt lah tinggi jugak
Quote sukacactus 29-11-2019 04:53 PM
dani-rox replied at 29-11-2019 04:25 PM
Good for her.

Ai secara peribadi takbleh bygkan hidup sampai 100thn lebih. Semua ahl ...

Sama la
Aku kalau boleh nak mati dl dr org2 yg aku sayang
Kalau boleh la
Quote nor_aini.s 29-11-2019 08:12 PM
Aku dulu rajin buat air kefir pengganti air vitagen.. Sedap minum rasa mcm air gas.. Lg2 letak nenaa.. Sekarang biji kefir tu dah xleh guna kot.. Air kefir kt sini mahal nau...
Quote anarina 29-11-2019 10:14 PM
dani-rox replied at 29-11-2019 04:25 PM
Good for her.

Ai secara peribadi takbleh bygkan hidup sampai 100thn lebih. Semua ahl ...

True , kalau hidup pjg umur sampai 70 pun not that bad. But then say husb meninggal at that age 70. Then kita cont life sampai 100++ that is 35++ years lagi cam wow lamanya 30 thn lg lama tuuu

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.133149 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top