Besarnya hati Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mahu memberi bantuan kepada pelakon Izzue Islam untuk mendapatkan zuriat dengan teknologi perubatan IVF.
Izzue, 29, ternyata terharu dengan tawaran tersebut semasa dia bertemu dengan Raja Permaisuri Agong di belakang pentas selepas tamat pementasan teater Mak Yong, Oktober lalu.
Foto: Instagram "Saya memang terkejut besar dan terharu apabila Tunku Azizah sendiri datang dan memberi tawaran kepada saya dan isteri untuk mendapatkan zuriat. "Kami bertemu di belakang pentas selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu, memang tidak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa. "Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja," katanya kepada mStar.
Foto: Instagram Izzue dan isteri, Awin atau nama sebenar Nurinafilah Waharudin berkahwin pada 2 Jun 2013, namun sehingga ke hari ini mereka belum mempunyai anak. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. - CARI |
helicornia replied at 4-11-2019 10:33 AM
bukan ke kalau nak dpt bantuan buay ivf bawah yayasan tuanku ada limit dr segi income?
tapi kalau ...
ADVERTISEMENT