Persembahan minggu keempat Gegar Vaganza musim keenam (GV6) malam tadi menyaksikan Wann berduet bersama penyanyi lagenda, Aris Ariwatan menyanyikan lagu Engkau Laksana Bulan. Persembahan itu menjadi bualan hangat peminat malah busana yang dipakai Wann turut mendapat pujian kerana kelihatan begitu cantik apatah lagi mengangkat elemen melayu klasik. Usai persembahan tersebut muncul pula dakwaan kononnya baju yang ditaja oleh Arma Couture itu telah meniru rekaan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat. Spekulasi tersebut mula hangat diperkatakan di media setelah Hatta turut memuat naik semula gambar dan video baju yang direkanya sebelum ini buat pernikahan pereka dan penasihat fesyen, Tym Fatimah.
|
Jiddin replied at 4-11-2019 03:17 PM
Rasa nyampah pulak dgn hattadolmat ni. Dah design ni mmg busana Melayu klasik, celah mananya meniru. ...
ADVERTISEMENT