CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bedah Wajah Jadi Beruang? Ketua Polis Negara Dedah Kenapa Jho Low Sukar Dijejak

5-11-2019 11:08 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7803| Komen: 36|Original author: intan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan antara punca utama Jho Low sukar dijejaki adalah kerana alasan tidak masuk akal yang diberikan oleh pihak berkuasa negara yang disyaki menjadi tempat dan lokasi persembunyian Low Taeok Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.


Antara alasan tidak masuk akal yang diberikan adalah ahli perniagaan yang menjadi buruan polis itu telah membuat pembedahan wajah menyerupai beruang.


Memetik laporan Sinar Harian, Abdul hamid memberitahu antara alasan pihak berkuasa tempatan negara berkenaan adalah kononnya Jho Low telah berubah wajah dengan menjalani pembedahan wajah.


"Muka Jho Low sama seperti beruang, saya pun tak tahu tapi kononnya dia (Jho Low) sudah ubah bentuk mukanya," ujar Abdul Hamid.

Ketika ditemui, Ketua Polis Negara itu telah mengulas laporan akhbar tempatan Cyprus, Politis yang mendedahkan Jho Low didakwa turut memiliki pasport negara Cyprus selepas skandal 1MDB-nya itu terbongkar.


Pihak berkuasa negara kepulauan Mediterannean itu mendakwa sukar untuk menjejaki keberadaan Jho Low atas alasan dia telah mengubah bentuk wajahnya.

Tambahnya lagi, mereka mendakwa Jho Low berjalan seperti seekor seladang, jika lihat dari belakang nampak seperti haiwan tersebut. Saya tak nampak logik di sebalik alasan yang diberikan pihak berkuasa negara itu,"- ujarnya lagi.

Foto: Carian internet

Jho low sebelum ini telah dituduh sebagai dalang utama selain daripada mantan perdana menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak dalam transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat 1MDB. Beliau kini masih diburu di oleh pihak kerajaan Malaysia dengan bantuan polis dunia.- CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 4-11-2019 05:02 PM
mangarut sungguh alasan...  awal2 hari tu kata tahu mana jolo sembunyi...  
Quote sharlenetexas 4-11-2019 05:03 PM
Bila pulak nak jadi sotong?
Quote orgsepang 4-11-2019 05:06 PM
Tak pandai buat alasan yang bijak sikit ke?
Quote jazaa100 4-11-2019 05:09 PM
zorrro_03 replied at 4-11-2019 05:02 PM
mangarut sungguh alasan...  awal2 hari tu kata tahu mana jolo sembunyi...

Jawaban ygmembodohkan msia.....

Baca pun sakit hati
Quote Rogue98 4-11-2019 05:18 PM
Tak tau pulak KPN ni dah nyanyuk....
Quote aHoi83 4-11-2019 05:33 PM
Jlo is XMen
Quote jofizo 4-11-2019 05:42 PM
pesal x ckp jadi alien
Quote shark_eow7 4-11-2019 05:46 PM
dalam byk2 binatang, kenapa beruang???
Quote Kurex 4-11-2019 05:49 PM
bodohnya alasan.. kejap tau mana sembunyi, sekarang tak dapat cari pulak sebab dah jadi beruang
Quote mskristymurphy 4-11-2019 05:54 PM
Useful information. Keep sharing your helpful instructions  sql assignment help
Quote najib888 4-11-2019 05:59 PM
Kah kah kah..kena main cam tu ja.. Nampak sangat dah..

Jho Low ni bidak catur Cina DAP.. Mana Jebat Derhaka? Sembang boleh bawak balik topui tu DOA.. cuma tggu green light Putrajaya..

Jadi ber-wang se-ladang noo.. dahsyat..
Quote cmf_shalom 4-11-2019 06:06 PM
Adakah betul konspirasi shit sbelum ni bilang ayah jlo antara kroni atok....
Quote tumpanglalu74 4-11-2019 06:06 PM
Muke seperti kuih semburit pulak acane?
Quote MelahJanda 4-11-2019 06:13 PM
jo low ada pasport cyprus

kalo nak beli pasport, bayar je euro 250,000 dah boleh apply eu pasport greek
Quote shamsadis 4-11-2019 06:15 PM
“Ada ketikanya dia berjalan akan menyerupai seekor tambadau (seladang). Jadi, bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya. Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu),” katanya lagi, tanpa menyebut secara khusus negara itu.



Quote sarah82 4-11-2019 07:33 PM
Aku ingatkan.. Aku terlalu obses tgk The Grimm kat netflix maka aku baca berita versi the Grimm..

Rupanya mmg berita betul
Quote kemaruk 4-11-2019 07:36 PM
Dia ni cakap secara kiasan atau literal?

Oleh kerana orang2 PH ni bengap2, susah bangkem nak tau
Quote nobito 4-11-2019 10:56 PM
Ya Allah dikencing bulat2 nye geng Atok Hanceng
Quote nono86 4-11-2019 11:34 PM
Tak profesional nye

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.291260 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top