“Walaupun Islam adalah agama yang menekankan sifat perikemanusiaan, tetapi agihan zakat yang diperolehi daripada umat Islam hendaklah diberi kepada lapan golongan asnaf dalam kalangan umat Islam, terutama yang miskin dan memerlukan bantuan terlebih dahulu."
Perkara ini ditegaskan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu kenyataan rasmi. Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani, penegasan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat mufti Selangor bahawa agihan zakat kepada bukan Islam hanya dibolehkan sekiranya ia menjadi panyebab individu terbabit memeluk Islam di bawah asnaf mu’allafati qulubuhum. Tambahnya, ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan miskin yang bukan beragama Islam.
Dalam masa sama, beliau berkata baginda mengingatkan fungsi zakat dan cukai pendapatan adalah dua perkara berbeza dan berharap agar masyarakat jelas mengenai tujuan setiap badan tersebut ditubuhkan. “Sultan Selangor meminta supaya isu berkaitan pengagihan zakat ini tidak lagi diperdebatkan secara terbuka di media massa. Baginda menyeru agar tiada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan isu berkaitan agama Islam untuk meraih populanti atau untuk mengambil hati mana-mana pihak tenantu. “Sultan Selangor sekali lagi menegaskan bahawa hasil kutipan zakat di negeri Selangor akan kekal diagihkan kepada lapan golongan asnaf dalam kalangan umat Islam,” katanya. |
pyropura replied at 4-11-2019 07:19 PM
Salah kita jugak gagal terangkan islam secara jelas pada kapir, sebab tu depa ingat zakat tu sama ma ...
fealefea replied at 4-11-2019 09:10 PM
Takot betul la kalau si Anwar ni jadi PM. Semua boleh. Kawin sesama jenis pon bole kah nanti?
HannahMontana replied at 4-11-2019 10:30 PM
Duit zakat utk orang2 Islam sahaja.
Aku rasa mcm nak lempar Anwar ni masuk neraka . Setiap kali d ...
ADVERTISEMENT