"No bling, no fancy car, no berkin, no mansion, no fame, cuma ada..." Mengagumkan! Dari pelakon berbakat yang pernah menyenaraikannya sebagai bintang utama di kaca televisyen, kini Emelda Rosmila berbudi kepada tanah pula. Bagai jauh panggang dari api, namun Emelda langsung tidak kekok mengerjakan kebun sayur miliknya. Malahan menyifatkan ia adalah cinta yang terpendam sekian lama. Lebih-lebih lagi semakin teruja apabila kebunnya mengeluarkan hasil. "Im so excited and i just cant keep it anymore! Especially apa yang diusahakan membuahkan hasil." "This is my new love, old dreams, new venture. Thanks dear hubby for your endless support. Doakan mel okay?" Datin Paduka Umie Aida turut memberi komen dan menyifatkan ianya lebih bermakna dari barangan mewah. Nampaknya adik kepada Emilia Rosnaida ini memilih jalan yang berbeza dari pilihan glamornya. Semangat ini akan menyuntik inspirasi kepada para pengikutnya serta orang lain bahawa berkebun juga mampu memberi hasil berbaloi jika rajin. Tahniah Mel kami ucapkan. - CARI |
noor2 replied at 5-11-2019 01:01 PM
Sayur apa tu?...biasa tengok tapi tak.tahu nk masak apa. ..tak tahu nama sayur. ...
beta_carotene replied at 5-11-2019 12:42 PM
Oo kesini lah adlin lesap eh..
Tapi emelda ni berlakon mmg best
Orix replied at 5-11-2019 01:00 PM
bestnyaaa ada kebun....
iols plak teringin nak ada dusun buah, feeling2 nanti nak buat rumah kayu ...
fushimi replied at 5-11-2019 01:38 PM
bela lembu lagi bagus
kayo sistur
diss69 replied at 5-11-2019 01:08 PM
Bayam brazil ke..
ADVERTISEMENT