Siapa sangka air bungkus ikat tepi yang popular di Asia termasuk Malaysia dikatakan berasal dari negara Amerika Latin. Seorang wartawan California dilaporkan memuat naik gambar air bungkus ikat tepi itu dan mengatakan ia sering didapati di negara Amerika Latin.
Perkongsiannya di Twitter sekaligus mendapat reaksi ramai pihak termasuklah rakyat Malaysia. "Salah satu benda yang kelakar tentang negara Amerika Latin ini anda boleh membeli air bungkus seperti ini. (Ini adalah jus oren di Oaxaca)," katanya.
Sudah tentu, wartawan itu masih belum tahu bagaimana popularnya air bungkus ikat tepi di Asia. "Kelakar lah kau ini..nama sahaja wartawan apa tak kaji tentang negara orang ke. Kalau di Malaysia ini boleh katakan semua kedai makan membungkus air dengan cara seperti ini," kata seorang netizen. Mereka turut mengajak wartawan ini datang ke Malaysia untuk melihat sendiri budaya unik ini. "Mike, datanglah Malaysia, kami semua boleh tunjukkan pada anda minuman atau makanan ini yang dibungkus menggunakan plastik bukan satu daerah sahaja tau malah setiap kedai di Malaysia menggunakan plastik khususnya untuk membungkus minum. Mehlah datang, aku belanja minum milo ais ikat tepi," kata seorang lagi netizen. Apa pendapat anda? - CARI
|
Madel replied at 5-11-2019 10:20 AM
Laksa pun leh bungkus ikat tepi derrr
Boomibulat replied at 5-11-2019 10:31 AM
Sedapnya..20sen je dulu..
AbukRokok replied at 5-11-2019 11:25 AM
makan laksa pakai astro je?
palmolive replied at 5-11-2019 10:51 AM
kalo ikut pemahaman aku la, wartawan ni mentioned dia selalu jumpa air ikat tepi ni kt negara Amerik ...
RatuDunia94 replied at 5-11-2019 02:08 PM
Mmg pemahaman cuols sama dgn iols.. ummah malaya je triggered bebeno dh sama dgn ummah indon. Kaki ...
ADVERTISEMENT