Kalau dah popular, semua benda yang dilakukan selebriti akan menjadi ikutan. Malah, untuk makanan pun sama! Begitulah yang terjadi apabila ahli kumpulan Black Pink iaitu Jennie dan Jisoo secara 'tidak sengaja' mempopularkan snek ataupun keropok 'Super Ring' sehingga laku keras di Korea.
Keropok berperisa keju itu menjadi tular setelah kedua ahli kumpulan berpengaruh ini jatuh cinta dengan rasa serta keenakan jajan tersebut. Ini gara-gara sebuah video yang tular tidak lama dahulu memaparkan kedua-dua penyanyi ini sedang mencuba keropok tersebut di Singapura. Disebabkan perkara itu, snek tersebut sudah mula dijual di Korea dengan harga 1,200 won ataupun RM4.50 sebungkus.
Ketika melakukan siri jelajah konsert di Malaysia, Jennie dan Jisoo juga berusaha mencari keropok tersebut di kedai serbaneka sebaik sahaja tiba di negara ini. Comel betul! Netizen rata-rata terkejut dan teruja kerana makanan ringan yang juga popular di Malaysia kini tular di Korea gara-gara ianya menjadi makanan kegemaran ahli kumpulan Black Pink tersebut. Asalkan jangan berebut 'claim' sudah lah ya! Bergaduh nanti! - CARI
|
RatuDunia94 replied at 6-11-2019 12:27 PM
Dulu masa sekolah iols suka makan super ring dgn nasi.. buat lauk sampingan gitu.. ada ke yg sam mcm ...
ADVERTISEMENT