Berikutan pendedahan gambar-gambar Tengku Ismail Leon Petra, 5 bulan yang didakwa Rihana Petra sebagai zuriat kepada mantan suaminya, Sultan Muhammas V, kini sumber daripada istana tampil memberikan keterangan balas.
Menghubungi akhbar Daily Mail UK, sumber yang mendakwa dari Istana Kelantan memberitahu akhbar itu bahawa Sultan tidak percaya bayi itu anaknya dan wajahnya tidak seiras dengan Baginda. Tambahan pula sumber itu memberitahu, iras wajah sahaja tidak membuktikan siapakah bapa kandung bayi tersebut. Sumber itu turut mengesyaki Rihana mempunyai niat lain di sebalik pendedahan gambar tersebut. 'Anak itu boleh sahaja zuriat mana-mana lelaki keturunan Asia,' kata sumber itu lagi yang mendakwa bercakap terus dengan Baginda Sultan. Kenyataan balas sumber istana ini bertentangan dengan dakwaan Rihana. Rihana juga telah mencabar mantan suaminya bagi membuat ujian DNA seterusnya menfailkan satu prosiding di Mahkamah Moscow bagi membuktikan dakwaannya. Menurut sumber istana itu lagi, selain menafikan bayi itu seiras dengan Sultan, dakwaan bahawa 'kehamilan bayi itu dirancang dan baginda menangis terharu mendengar perkhabaran kehamilan,' adalah cerita karut. Sumber itu turut mendakwa Rihana sengaja menggunakan bayi itu sebagai senjata untuk membuat tuntutan perceraian yang tidak masuk akal. Menurut sumber itu lagi, Baginda merasakan perkahwinan dengan Rihana adalah kesilapan besar, tapi kini sudah bersedia untuk berkahwin lagi dan mempunyai pewaris takhta. Bagaimanapun, sumber itu tidak memberitahu sama ada pihak istana sudah mempunyai calon atau tidak. Persoalannya, bukankah lebih mudah untuk membuat ujian DNA dan sekaligus menutup cerita ini? Kerana penafian demi penafian juga tidak akan membuktikan apa-apa. - CARI
|
Modngengade replied at 6-11-2019 05:49 PM
Buat ujian DNA habis cerita...abe oh abe
lemak_masin replied at 6-11-2019 05:54 PM
Buat je laa.. anak tu tak bersalah.. kalau ye pun anak abegong.. bertanggungjawab je laaa.. bukan la ...
cmf_premierleag replied at 6-11-2019 06:04 PM
Ya Allah, turunkan la azab bala bencana yg maha dasyat kpd mereka yg deny hak baby leon ni
Amin
ADVERTISEMENT