CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Sekolah Tahfiz Disimbah Air Panas, Kena Sumbat Tahi Kucing

6-11-2019 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5154| Komen: 53


Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang pernah menjadi bualan hangat selepas mengalami insiden kebakaran asrama pada 2017 yang mengorbankan 23 nyawa, nampaknya pusat tersebut sekali lagi menjadi tular.


Kali ini difahamkan seorang pelajarnya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat melecur disimbah air panas. 

Dikatakan mangsa berusia 13 tahun yang baru enam bulan belajar di situ, dibuli pada 16 Oktober lalu sehingga menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran HKL selama 10 hari. 

Kredit foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar harian, dia didakwa disimbah air panas ketika sedang tidur kira-kira jam 4 pagi di asrama sehingga menyebabkan melecur di bahagian badan dan paha kiri. 


“Dulu masa bulan tiga, kami pernah bergaduh. Dia suka kacau saya, jadi saya mampu ejek dia sebab nak lawan balik tak boleh, dia kuat.

“Petang Isnin lepas Asar, dia panggil saya pergi tingkat bawah asrama. Lepas itu dia tumbuk muka saya. Kat tingkat bawah ni memang selalu ada kucing berak. Dia ambil tahi kucing, lepas itu sumbat dalam mulut saya.

“Pagi Rabu waktu tengah tidur, tiba-tiba ada orang tumbuk. Lepas itu, saya terkejut sebab kena simbah air panas,” kata mangsa. 

Manakala, ibu mangsa, Siti Satariah Ahmad, 36 berkata anaknya itu melecur 13 peratus dan kini perlu menjalani rawatan fisioterapi.

“Pada Mac lalu, anak saya pernah lari dari pusat tahfiz pada jam 1 pagi kerana tidak tahan dikacau dan ditumbuk.

“Malam Isnin (dua hari sebelum insiden simbah air panas) saya ke tahfiz untuk berjumpa sekejap dengan anak saya tu, saya dapati ada kesan lebam tepi mata kiri. Dia kata kena pukul.

“Saya maklumkan kepada pengetua dan pengetua beritahu dia akan selesaikan perkara tersebut. Saya hubungi ibu bapa pelaku melalui WhatsApp dan sedia berjumpa pada malam esok tapi mereka tidak datang pun,” katanya. 


Katanya lagi, dia difahamkan pelaku dikenakan hukuman rotan di hadapan pelajar lain. 

“Selama 10 hari anak saya di unit rawatan rapi (ICU), tiada seorang ustaz dari pusat tahfiz itu datang tengok. Bil hospital lebih RM400 kami tanggung sendiri,” dakwanya yang turut berkata keluarga pelaku menawarkan kos ganti rugi sebanyak RM3,000 namun dia dan suami mahu menuntut keadilan di mahkamah. 

Manakala, menurut Pengetua pusat tahfiz terbabit, Muhammad Zahid Mahmod, insiden berkenaan bukan kes buli namun sebaliknya salah faham antara dua pelajar. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 6-11-2019 12:09 PM
Macam celaka sekolah tahfiz sapa ni. Ustaz bengong2 ke natang masalah psikologi bisnes kau pun tak boleh handle. Pecat terus
Quote buapakperut 6-11-2019 12:12 PM
dah kenapa ko belajar tahfiz nak jadik ulamak tapi perangai macam syeton
Quote MissLana 6-11-2019 12:13 PM
sumbat tahi kucing? iyerkkkkkkk. jijik sgt

dah2 laa kalau anak dah lari dr asrama pkl 1 pg tu maksud dia tak tahan la tu makcik oii. bwk jelah anak sekolah biasa. jujurnyaa sekolah asrama tahfiz hanya lah tmpt mengumpul anak jantan yg rosak dgn harapan hafaz quran dpt  mengubah dorang. tp kalau dh mmg perangai nyaa setan layak masuk henry gurney jelah hantar sana biar jumpa remaja setan seangkatan dia. buku bertemu ruas!
Quote Intanterpilih09 6-11-2019 12:22 PM
Dah tau Ank kena pukul,kena sumbat tahi kucing lg biar ank duk lg Kat asrama buat apa.sampai Ank Dah lari pun masih bg duk a drama.dr awal lg patut kluar kan Ank dr asrama tu.Ank Dah teruk mcm ni br nak sedih nasib Ank x mati.
Quote Buritan 6-11-2019 12:28 PM
KIM.K replied at 6-11-2019 12:09 PM
Macam celaka sekolah tahfiz sapa ni. Ustaz bengong2 ke natang masalah psikologi bisnes kau pun tak b ...

Tak yah laa anto kalo dah cam nii..
Quote Buritan 6-11-2019 12:29 PM
buapakperut replied at 6-11-2019 12:12 PM
dah kenapa ko belajar tahfiz nak jadik ulamak tapi perangai macam syeton

Yg masuk tuu setan expect kuar jd malaikatt.. no way mannn
Quote yuki812 6-11-2019 12:30 PM
anak2 tahfiz ni katanya tiket masuk ke sorga tuk mak bapak ni. eh..takper..kena bantai ke sepak terajang..takper, allah ada katanya..syorga nanti balasannya..

ni lah pemikiran mak bapak yg suwei. ko laki bini mengangkang kat umah..acah2 konon kuarga bahagia..walhal ank ko menderita kat luar sana.
Quote merrissa 6-11-2019 12:32 PM
buapakperut replied at 6-11-2019 12:12 PM
dah kenapa ko belajar tahfiz nak jadik ulamak tapi perangai macam syeton

selalunya mak bapak yg xtau nak buat apa dgn anak2 yg liar...deme anta ke situ...sb tu perangai mcm syaithonnn....

kawan aku, adik dia liar bukan main....bapak dia anta sana....xtau la dh elok ke idok
Quote tungkai 6-11-2019 12:38 PM
Proceed dengan saman aje. Itu aje cara nak kasi ajar budak & mak bapak budak pembuli tu terkemut.
Quote Simunggu 6-11-2019 01:32 PM
aduh tak layak jadi ulamak...
Quote Melorqe 6-11-2019 01:36 PM
aku cadangkan kalau mak bapak niat nak hantar ke tahfiz sebab nak anak jadi baik, baik hantar  ja ke sekolah pemulihan/ hendry gurney.
tak pun nak juga hantar pegi belajar agama, hantar ja ke sekolah harian. bukan duduk asrama.
budak2 ni masuk tahfiz, tapi adab semua tu belajar ke tidak?


Quote miss_strangers 6-11-2019 01:40 PM
Aku nak hantar anak kat sekolah biasa Pon Rasa takut pulak sbb takut kena buli..dah la tahun depan masuk darjah 1..anak Aku ni lelaki Jenis badan halus, pendiam..risau pulak Aku dia kena buli..Kang x anto sekolah jadi cm anak sohai pulak.. homeschool Pon xreti Aku..
Quote miss_strangers 6-11-2019 01:41 PM
Edited by miss_strangers at 6-11-2019 01:43 PM

Kadang Aku Rasa cm nak apply jadi cleaner kat tempat anak Aku sekolah nanti..sbb nak awasi anak Aku Dari jadi mangsa buli..
Quote buapakperut 6-11-2019 01:48 PM
merrissa replied at 6-11-2019 04:32 AM
selalunya mak bapak yg xtau nak buat apa dgn anak2 yg liar...deme anta ke situ...sb tu perangai mc ...

yeke, diatas norma kot dia punya jahat pi simbah ayaq panas sumbat tahi.. giler ke ape
Quote buapakperut 6-11-2019 01:51 PM
miss_strangers replied at 6-11-2019 05:41 AM
Kadang Aku Rasa cm nak apply jadi cleaner kat tempat anak Aku sekolah nanti..sbb nak awasi anak Aku  ...

dah macam citer papadom haha hahahha

bagus jugak idea ni..kalau ade orang buli anak tibe2 datang penyelamat bertopeng hayun mop
Quote miss_strangers 6-11-2019 02:28 PM
buapakperut replied at 6-11-2019 01:51 PM
dah macam citer papadom haha hahahha

bagus jugak idea ni..kalau ade orang buli anak tibe2 datan ...

Haha tula..Aku teringat cerita papadom time taip atas ni..bagus gak dapat menyamar ..leh tau true colour anak Kita gak sambil tu
Quote saviour_09 6-11-2019 02:53 PM
proceed di court
nilai maruah anak ko lagi tinggi dr rm3000 tu
Quote sidewinder 6-11-2019 03:00 PM
harap bersabar byk2 laa.....kang gi belajar kat sekolah biasa masuk neraka plak....belajar kat tahfiz confem masuk syurga.....mana nak masuk syurga ke masuk neraka ?
Quote kenari2101 6-11-2019 03:06 PM
masalahnya ramaiiiiiiiiiiiiiii yg hantar anak2 ke tahfiz anak2nya mmg ssedia bermasalah.
especially tahfiz jenis free or yg bayar murah2 ni.
maksudnya yg masuk situ mmg dah sedia ada saka, dha mmg banyak kes,
so masuk sini ada lah usaha terakhir mak bpk yg terdesak ni.
ada juga yg guna tahfiz ni utk takutkan anak2 yg malas belajar =======> ni mmg bangang abadi lah

jd bila ada budak2 yg betul2 nak jadi tahfiz, bercampur dgn budak2 sedia jahanam ni, maka ni lah keputusan akhirnya.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.125003 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top