CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dendam Bekas Suami, Wanita Sarat Hamil Mati Dipanah Kerana Curang

6-11-2019 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5565| Komen: 31

Kerana berdendam dengan isterinya yang curang, seorang lelaki nekad membunuh mangsa dengan memanah wanita yang sarat hamil itu.

Memetik Press Association, Ramanodge Unmathallegado, 51, didakwa merancang pembunuhan itu selama setahun sebelum membunuh Devi, 35, kerana meninggalkannya demi lelaki lain.



Foto: PA

Mahkamah Old Bailey diberitahu, lelaki itu pergi ke rumah keluarga mangsa di Ilford, London dengan bersenjatakan dua busur silang untuk membunuh bekas isteri dan pasangan barunya, Imtiaz Muhammad.

Bagaimanapun, rancangannya terganggu apabila Muhammad masuk ke dalam sebuah bangsal, tempat di mana Unmathallegado bersembunyi dengan senjatanya.

Dia didakwa mengejar lelaki itu dan menembak bekas isterinya yang melarikan diri ke tingkat atas sebelum dia berjaya ditahan.


Foto: PA


Difahamkan, kejadian 12 November tahun lalu itu menyebabkan ibu lima anak terbabit cedera parah akibat kecederaan dalaman selepas anak panah menembusi jantungnya.

Pasukan perubatan gagal menyelamatkan mangsa, namun kandungannya berjaya dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean.

Tertuduh didakwa membuat persiapan pembunuhan itu sekurangnya beberapa bulan sebelum kejadian termasuk mempersiapkan senjata dan peralatan pembunuhan.

Unmathallegado dikatakan memiliki dua busur silang dan beberapa anak panah serta mengintip rumah mangsa.

Pada pagi kejadian, dia mengambil dua busur silang, beberapa anak panah, tukul, pisau, wayar kabel, pita pelekat dan beberapa gunting sebelum melaksanakan rancangan pembunuhannya, namun terpaksa mengubah perancangan selepas Muhammad secara tidak sengaja merosakkan rancangannya itu.

Unmathallegado tidak mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu dan perbicaraan kes masih diteruskan. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-11-2019 01:53 PM
muka pembunuh tak ada nur
Quote hatikudus 6-11-2019 02:36 PM
Ko dah tua, entah2 dah takde kudrat...haruslah bini cari org lain yg mampu zahir batin...
Quote sue_liah 6-11-2019 02:54 PM
aduh kesiannya baby tu...dendam kat si mak sampai mcm tu sekali
Quote L211 6-11-2019 03:50 PM
entah 2 takde org nak kawin dgn jantan hanat ni tp ppuan ni dipaksa kawin dgn dia.. aku agak laa ppuan ni maybe curang and cerai sbb dh jmpa pilihan hati.. ye laa dgn hanat tu mana ada anak dh laa tua, dgn laki baru siap hamil lagi tp syg dia xdpt menatap wajah bayi dia.. hanat ni dh bunuh xnak mengaku.. mohon penjara seumur hidup...
Quote mieymiey 6-11-2019 04:01 PM
Semoga jantan ni dipanah bertubi-tubi di punai.
Quote minguk 6-11-2019 04:37 PM
cantiknya arwah dewi..
Quote dramaking007 6-11-2019 06:24 PM
Kurex: muka pembunuh tak ada nur

hahahah ....
Quote dramaking007 6-11-2019 06:25 PM
hatikudus: Ko dah tua, entah2 dah takde kudrat...haruslah bini cari org lain yg mampu zahir batin...


lagi dia naik hantu kalau baca komen you.kalau lah .......sebab lelaki ni nampak sejenis xle org perendah dia.xterima wanita tu da x nak dia.
Quote dramaking007 6-11-2019 06:25 PM
mieymiey: Semoga jantan ni dipanah bertubi-tubi di punai.



hayooo.lawak la tp tula sedap sgt kan nak panah org
Quote dramaking007 6-11-2019 06:26 PM
minguk: cantiknya arwah dewi..


kannn....nampak lawa la.maunya x hangin perempuan lawa pi kt org lain nak dpt baby lak tu.siannya ya Allah.


Quote Sham143 6-11-2019 07:22 PM
Edited by Sham143 at 6-11-2019 07:23 PM

Ex wife dia cantik dn menawan..dia aku tengok mcm bangla aje dh tua pulak tu..tk hensem langsung..Sbb tu ex wife dia cari yg lain kot..
Quote Perawankota 6-11-2019 10:20 PM
Bila bini lawa...
Quote Dwdrum 6-11-2019 10:27 PM
kejam nya guna crossbow.... lain kali if partner cari pasangan lain..pergi lah grooming diri sedikit biar ex partner gigit jari .... i hingga sekarang tidak boleh hadam ada yang putus cinta or bercerai masing masing keoam kan diri indirectly downgrade urself .... sebab ada kekurangan lah partner cari lain ....cuba improve diri... hidup ini bukan sekadar cinta saja ..banyak lagi boleh di buat selain hamba kan diri sebab cinta ....seperti case ini sia sia mak bapak bela hingga besar last last hidup akan di habis kan dalam penjara ....
Quote sukacactus 6-11-2019 11:31 PM
Dah bw mcm2 senjata lg xngaku salah
Quote sekngucing 7-11-2019 12:50 AM
hahahaha... elok

kasi panah berapi
Quote tumpanglalu74 7-11-2019 01:36 AM
Ujung nama pon ade gado..  
Quote tumpanglalu74 7-11-2019 01:53 AM
minguk replied at 6-11-2019 04:37 PM
cantiknya arwah dewi..

IMG_20191107_014401_034.JPG
Quote kaogi 7-11-2019 05:12 AM
L211 replied at 6-11-2019 03:50 PM
entah 2 takde org nak kawin dgn jantan hanat ni tp ppuan ni dipaksa kawin dgn dia.. aku agak laa ppu ...

Baca atas tu Ada 5 Anak...
Quote pokaibanktokyo 7-11-2019 07:13 AM
Curang ? Kepala pundek lu

@CARI-MAL

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.120331 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top