Seorang ibu mengamuk selepas mendapati pekerja di sebuah kafe menyifatkan anaknya yang berusia dua tahun sebagai 'menakutkan' di bahagian nota dalam resit yang diterimanya. Kimberly Sze menyelar Coffee Supreme di Christchurch, New Zealand sebagai biadab selepas pekerjanya menulis: 'Keluarga dengan anak yang menakutkan' pada resit, Jumaat lalu, lapor Mirror.co.uk
"Anak saya seorang yang sopan dan mesra, malah kami tidak pernah meninggalkan sebarang kotoran," tulis ibu tersebut di Facebook. Kimberly juga menegaskan bahawa anaknya tidak pernah menyusahkannya dan menimbukan masalah. "Orang sama yang bekerja hari ini ialah orang yang selalu mengatakan betapa comel dan manisnya anak saya ini, jadi apa masalah sebenarnya?" luahnya kecewa. Kini, Kimberly nekad tidak akan menjejakkan kakinya ke premis itu lagi, di mana sebelum ini beliau merupakan pelanggan tetap. Ibu bapa lain turut meluahkan rasa marah mereka terhadap kafe tersebut. "Bukan sahaja biadab, tapi itu bukan cara yang sepatutnya untuk mengenal pasti pelanggan," tulis seorang pembaca. Walaupun Kimberly berasa kecewa dengan situasi itu, namun beliau memuji tindakan pengurusan Supreme Coffee yang meminta maaf dan mengembalikan wang susulan kejadian itu. Pada Ahad, francais itu menyatakan melalui Facebooknya: "Kami melakukan kesilapan pada hujung minggu lalu dan menyakiti seorang pelanggan. Kami ingin memohon maaf secara terbuka." Kafe itu juga memberi kopi dan hadiah percuma kepada ibu bapa dan anak-anak kecil selama seminggu sebagai tanda kemaafan. - CARI
|
Kafe itu juga memberi kopi dan hadiah percuma kepada ibu bapa dan anak-anak kecil selama seminggu sebagai tanda kemaafan
ADVERTISEMENT