Sesiapa yang mengikuti perkembangan Dottie di Instagram pasti dapat melihat wanita itu sering keluar bersuka-ria bersama rakan-rakannya. Dia juga selalu berkongsi di sebalik tabir drama lakonannya di media sosial itu.
Pun begitu, ramai tertanya-tanya sekiranya pelakon wanita ini telah berpisah dengan suaminya, Mohd Haffis kerana jarang memuat naik gambar berdua di mana-mana laman media sosial. Namun, Dottie menafikan andaian itu dan menjelaskan bahawa dia dan suaminya masih bahagia dalam mengecapi rumah tangga mereka, ulas Gempak. "Saya rasa khabar angin itu timbul sebab saya tak mendedahkan gambar suami dan aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. Jadi, orang anggap macam-macam.
"Saya masih lagi berkahwin dan berstatus isteri orang. Tiada apa-apa pendedahan rasmi pun untuk dimaklumkan. Biasalah kalau ada turun naik masalah dalam rumah tangga, itu normal. Kami masih tinggal sebumbung, masih bersama dan bahagia," katanya. Dottie turut menjelaskan bahawa suaminya itu merupakan seorang yang pemalu, sebab itu dia jarang berkongsi gambarnya. "Sebenarnya, bukan saya tak nak muat naik gambar bersama tetapi saya tak berapa minat dan dia pun kurang gemar. Saya menghormati privasi dia dan dia pun tidak berkecil hati. Lagipun dia pemalu," selorohnya. Tak upload gambar pun, orang speku cerai. - CARI
|
mizruncing replied at 8-11-2019 11:52 AM
eeii tak suka la dia ni suka tayang2 perut. geli plak
sukacactus replied at 8-11-2019 11:37 AM
Bkn semua org suka kan boh pic pasangan kat socmed
Aku pun last boh pic laki masa raya, tu pun pic ...
manehnya replied at 8-11-2019 11:57 AM
boroi pun nk tayang perut tuh...
ADVERTISEMENT