CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dimarahi Majikan Kerana Bekerja Pada Hujung Minggu, Siapa Tak Nak Bos Macam Ni!

7-11-2019 10:22 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 6417| Komen: 17|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Kebiasaannya, majikan ataupun orang atasan akan memerah keringat orang bawahan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 

Kadangkala, pada waktu hujung minggu juga pekerja perlu menyiapkan tugasan perjabat meskipun gaji hanya dibayar untuk pada hari bekerja pada Isnin sehingga Jumaat.

Sumber Gambar: How Stuff Workd

Namun, lain pula yang terjadi terjadi di Indonesia, seorang pemuda bernama Torry (@Torriosh) telah berkongsikan gambar perbualannya menerusi aplikasi WhatsApp bersama majikannya. 

Yang menariknya, dia dimarahi majikannya kerana bekerja pada hujung minggu, walhal Torry hanya menghantar email yang tidak memerlukan keringat dan tenaga yang banyak.





Bukan itu sahaja, majikannya turut membenarkan Torry bekerja dari rumah kerana cutinya sudah habis dan dia mahu melancong bersama keluarga ke Bali. Baik sangat ni!





Lain pula yang terjadi kepada sesetengah daripada kita yang seperti hidup hanya untuk bekerja. Kadangkala, apabila pekerja sakit ataupun mahu meminta cuti atas urusan luar, pekerja tersebut akan dianggap sebagai liabiliti dalam syarikat kerana jarang berada di pejabat.

Itu belum lagi mereka yang menganggap pulang lambat daripada pejabat adalah tanda seseorang itu bekerja keras dan akan disayangi majikan. Walhal, bekerja lebih masa adalah tidak sihat dan mengganggu produktiviti hidup anda.


Sumber Gambar: Collective Evolution

Hidup kita bukanlah hanya ditugaskan untuk bekerja dan menggembirakan majikan, sebaiknya seimbangkan hidup anda. Waktu bekerja adalah waktu untuk bekerja, manakala di luar waktu bekerja adalah untuk anda luangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri. Sayangi diri anda! - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 7-11-2019 10:29 AM
Untunglah dpt boss mcm ni
Quote cikatilia 7-11-2019 10:46 AM
huntongla
opis aku ko duduk kat meja time lunch siap la kena panggil buat mcm2
baik lari duduk mana2 janji bukan dekat meja sendiri
Quote Tinot7 7-11-2019 10:52 AM
Bos dia org mana?
Quote misuke 7-11-2019 11:09 AM
bertuah la... bos kite ni selagi boleh kerah
Quote Yorimimiko 7-11-2019 11:55 AM
Bestnya dapat boss gini. I punya boss dulu siap tarik muka, tak tegur i beberapa hari just because i taknak ot. Dahla ot sebelum2 tu pun kejap bayar kejap tak, lagi mau paksa.
Quote RatuDunia94 7-11-2019 12:28 PM
Untung tangni je kot.. maybe tang lain kita tak tau..
Quote Artemesiaa 7-11-2019 12:34 PM
Itu yang sepatutnya hujung minggu adalah masa untuk rehat bersama keluarga dan kawan2.  Ni kadang bukan boss je menyibuk tapi rakan sekerja pun sama menyibuk.  Hujung minggu pun nak cakap pasal masaalah kerja nampak sangat tak ada life lain selain dunia kerja
Quote becir 7-11-2019 02:07 PM
cikatilia replied at 7-11-2019 10:46 AM
huntongla
opis aku ko duduk kat meja time lunch siap la kena panggil buat mcm2
baik lari duduk man ...

Haah Kan..I pelik tul kalau lunch time I duduk kat meja nak layan YouTube ke hapa X boleh ke? Ex boss I MCM bugima Tu pantang nampak I lunch kat meja..
Quote mokcikcctv 7-11-2019 02:36 PM
Terbalik plak ex officemate dlu sanggup nk datang keje sabtu, ahad or PH sbb ot sbb ot double triple smpai dgn aku skali die tarik muka sbb xnk ot. ish aku ni ade family dorg lain la andartu tido kt office pun xpe. Dah skrang hari sabtu wajib datang ot walaupn acah2 banyak keje pdahal xde kerja terus aku resign.
Quote cikatilia 7-11-2019 03:35 PM
becir replied at 7-11-2019 02:07 PM
Haah Kan..I pelik tul kalau lunch time I duduk kat meja nak layan YouTube ke hapa X boleh ke? Ex b ...

ye
kita nak tgk shopppe ke pakai handphone kita bukan pc opis pon xbest
better lepak pantry. stor or any ruang yg bole menyorok

depa jenis assume kita duduk kat meja kita dah dlm mode bersedia nak bekerja
Quote coconico 7-11-2019 03:47 PM
my boss pun tak suka. tapi sebabnya lain sikit;

1. membazir elektrik kat opis - aircon, lampu
2. mengapa perlu kerja weekend? weekday keja lewa sangat sampai perlu kerja luar masa kerja ke?

gittewwww
Quote mieymiey 7-11-2019 04:10 PM
Ex boss iols siap pesan kat weolls, kalau ada sesiapa dari HQ cari or urgent suruh settlekan kerja on weekend or masa tu weolls sedang bercuti, takyah layan.
Quote anony-mous 7-11-2019 04:40 PM
coconico replied at 7-11-2019 03:47 PM
my boss pun tak suka. tapi sebabnya lain sikit;

1. membazir elektrik kat opis - aircon, lampu

Sama my boss punya alasan. Dan mmg betul pon alasan ni. Usually kampeni melayu atau bos melayu je bongok suka paksa OT / weekend ni. Sbb tu hari biasa org x productive
Quote Luamappuka 7-11-2019 11:03 PM
Tekanan kerana kerja mengerikan! Saya pikir anda harus pergi ke https://my.jooble.org/jobs/Kuching?main untuk melihat bahwa ada banyak pekerjaan yang baik itu tidak sesuai dengan anda-lihat lebih dekat
Quote hyie 8-11-2019 02:21 AM
iols paling rimas bab reply wasap time cuti bos meols bising2 gitu, lepas tu iols jawab dengan jujur malas nak reply time cuti2. Heshe ok je..
Quote Hizert 8-11-2019 08:43 AM
Untung sangat kalau dah dapat majikan baik cengini. Yang hado kebanyakkan. Diaorg balik or...diaorg xbalik lagi korang jangan mandai2 nak balik.
Quote rosli_nurizzati 8-11-2019 09:21 AM
untung boleh discas work arrangement cmni.. culture kilang aku, yang balik lambat nmpak la rajin, dedicated bagai.... cuti, naik satu hari setiap bulan. so kalau nak cuti 4 hari, aku kena kumpul selama 4 bulan.. mc lebih 3 hari, bonus potong half.. tapi aku bertahan jer la, dok pikiaq betapa sengsaranya masa menganggur dulu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.154326 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top