CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bimbang, 194 Budak Buat Call Untuk Mengadu" - Terlalu Sunyi, Ramai Anak Call Talian Nur Untuk Berbual

7-11-2019 11:31 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8121| Komen: 55|Original author: Shimmer Shine




Antara percaya dengan tidak, namun ini lah hakikatnya, ramai kanak-kanak di Malaysia berasa kesunyian kerana tiada siapa yang berada di samping mereka untuk berinteraksi.

KPWKK

Pendedahan dibuat oleh Kementerian Pembangunan  Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa seramai 194 kanak-kanak membuat panggilan ke Talian Kasih 15999 mengadu mereka kesunyian.

Twitter


Angka berkenaan merangkumi 56% daripada 264 panggilan dari tahun 2015 hingga September 2019 seperti dipetik Astro Awani.

Hal ini sudah jelas memaparkan kerapuhan institusi kekeluargaan kita. Dengan ibu bapa yang sibuk mencari rezeki dan pulang lewat, kemudiannya penat untuk melayan anak-anak adalah bibit-bibit keruntuhan moral dan emosi mereka.

P

Rata-rata warganet bersetuju dengan impak kesunyian kanak-kanak ini. Jika ia dibiarkan, mungkin membawa kepada kemurungan seterusnya tidak mustahil kecenderungan melakukan jenayah.



Namun, untuk menyalahkan ibu bapa sepenuhnya juga tidak wajar kerana tuntutan ekonomi yang memerlukan kedua-duanya bekerja. Malahan ada yang membuat kerja lebih masa semata-mata untuk menampung keluarga.


Saranan Kementerian adalah pastikan anak-anak ada aktiviti sihat, awasi penggunaan gajet dan berkomunikasi. Manakala idea liberal pula ialah jangan beranak jika anda tidak mampu memberi kemudahan kepada anak-anak.

Apa saranan anda pula? - CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Catpaw

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 7-11-2019 11:33 AM
zaman i dulu call yang tv3 punya iklan tu. rolling ruler, sampai ada brader tu cakap, malam2 pun nak order barang ke? padahal nak main phone.

tapi tu kategori sunyi ke?
Quote LadyCarefree 7-11-2019 11:35 AM
Kenapa pulak nk blame gomen?

Klau ko mampu hidup sederhana dn anak sekor, jnganla hidup nk okai kereta smartphone dgn bil internet, tudung ariani, makan hipster, vacation luar negara, anak lebih dari satu.
Quote dua_chzy 7-11-2019 11:35 AM
Jadilah cikgu tadika. Niscaya aman2 saja hidop. But jangan ngaja di sekolah anak2 rempit. Nanti korang pulok tak boleh tido memikirkan masalah sosial budak2 tadika ngkorang.
Quote Artemesiaa 7-11-2019 11:40 AM
Sedihnya bayangkan kalau satu masa nanti mereka tersalah pilih kawan makin buruk akibatnya nanti
Quote Ina8895 7-11-2019 11:43 AM
Kesian budak2. Mak bapak terlalu pentingkan kerjaya. Serba serbi ada. Tapi anak2 kurang kasih sayang.
Quote leylapple 7-11-2019 11:44 AM
mak pak yang tak keja duduk kat rumah pun jenis tak layan anak2... aku tgk ramai yang berjahit telefon di tangan...

anak2 bertebaran main kat jalan raya.. kat tepi longkang...

yang besar sikit dah main phone jugak... ikut perangai mak pak nya...kadang2 yang kecik2 pun dah dibekalkan telefon...

tak caya? tgkla kat kdai makan... berapa ramai mak pak yang layan anak2 makan? aku rasa 80% bagi phone kat anak pastu sendiri melantak tak hengat dunia
Quote manehnya 7-11-2019 11:52 AM
kalao gaguh ngan laki bleh talipon tak talian nur ni..


aku agak bersimpati kt budak2 yg dok nursery ni... sian...

tp makbapak bayar mahal tau, demi utk keselesaan anak2 gak.. wat camana dah kerja kan...

sabtu ahad, cover balik
Quote Sangkar_Emas7 7-11-2019 12:03 PM
Ya allah...sedihnya..

Harap2 i mampu spent masa yg cukup utk anak2 i...
Quote sukacactus 7-11-2019 12:07 PM
Nnt bln 12 cuti skolah panjang, lg ramai la yg call
Quote cmf_Strawberry 7-11-2019 12:19 PM
Sedihnya.. i sendiri pun tak dapat nak spend masa dgn anak sbb tu i takkan tinggal anak ke mana pun pergi. Everyone mesti tag along.
Quote shernazz 7-11-2019 12:21 PM
leylapple replied at 7-11-2019 11:44 AM
mak pak yang tak keja duduk kat rumah pun jenis tak layan anak2... aku tgk ramai yang berjahit telef ...

Pastu kata jangan blame mak pak yang bg phone kat anak anak..
Quote yuki812 7-11-2019 12:21 PM
how come that kids got handphone nk dial no tu. nampak sgt most of parents nowdays memang bekalkan hp anak ntah2 sorg satu..sebab malas nak layan ank borak..xtvt sume.
Quote shernazz 7-11-2019 12:24 PM
Kat brainy bunch kat negeri selatan..
Ada sorang ibu tunggal ni...dia mati laki ke apa xtau
Pagi pkl 6 htr anak
Pkl 8 malam baru amik..
Sebab? Pegi jem
Balik jem
Kekadang anak tu tido dgn cikgu sebab mak amek.lmbt sgt...
Sedih sgt..sedara mara tak dak di situ
Nasib la cikgu cikgu situ memahami..
Jadi iols kesian parents yang keje siang sampai malam...iols paham...
Jangan plak ko meghonjeng plak sampai lmbt amek anak kan  
Quote awanearisu 7-11-2019 12:24 PM
Tampak bersesuaian pula nama talian tu Talian Kasih.
Quote mizruncing 7-11-2019 12:33 PM
hurmm semua sbb sara hidup makin tinggi so parents ramai buat 2 3 kerja smpai balik lewat malam. saranan menteri kann
Quote rospinki 7-11-2019 12:46 PM
sedihnya..mmng aku perati masalah institusi keluarga skrg sbgi satu punca generasi yg akan dtg lemah dan tidak mampu bertahan..asalnya dari keruntuhan moral dan faktor sokongan keluarga.

tidak apa aku bertahan keja sbgini utamanya aku masih bergiat cergas disekitar anak2 sekolah dan tempat kerja..bila2 masa saja aku sedia utk mereka.

bila malam aku pastikan bgi mereka makan dan berlembut dgn mereka agar mereka rasa dikasihi dan ada ibu yg menyayngi mereka.

mereka perlu di soal soalan2 yg bodoh kadang utk memupuk perbualan antara anak dan ibubapa..bergurau dan bersilat sekalipun..mereka pasti tidak punya masa utk bersedih.
Quote RatuDunia94 7-11-2019 01:02 PM
minguk: zaman i dulu call yang tv3 punya iklan tu. rolling ruler, sampai ada brader tu cakap, malam2 pun nak order barang ke? padahal nak main phone. tapi tu  ...



Iols pernah call talian yg iklan kat surat khabar tu.. yg ada kisah2 seram lah. Cerita lawak lah.. nak dgr lagu lah..
Atau nak cari pasangan.. iols siap berborak dgn lelaki mana entah dlm tu.. sampai bil tepon kena RM600. Pastu bapak iols potong terus line telefon rumah..
Quote willow12 7-11-2019 01:06 PM
Ntah la susah nak ckp benda ni..

Pada aku it is all about family planning kot. Planning dari semua segi.. Brp bilangan anak, rancang kewangan, urus hutang piutang, buat saving, perlindungan kesihatan, side income... Semua ni patut kena masuk dlm module kursus kawen.

Quote maitang 7-11-2019 01:25 PM
blame game dah start.... cari rezeki untuk anak2, cari duit banyak, masa hilang.. bila duit dah banyak semua hilang, so be moderate. Parents kena pandai mengemudi, kalau x pandai jgn salahkan sana sini.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.085046 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top