Hati mana tidak sakit apabila dipersalahkan atas keadaan yang tidak dijangka. Apalagi jika pasukan perubatan terpaksa menghadap cemuhan ahli keluarga mangsa maut. Petugas kesihatan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan meluahkan kisah di mana dia dan rakan seperjuangan berdepan situasi sedemikian menerusi hantaran di Facebook.
Tulisnya, pada hari kejadian mereka menerima dua kes, di mana kes pertama membabitkan mangsa lemas. Katanya, mereka terpaksa menghentikan usaha memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selepas 30 minit mangsa tidak menunjukkan tanda kehidupan. "Maka, kami hentikan usaha, sahkan mangsa telah meninggal dunia dan berkemas untuk berkejar kepada kes seterusnya." Namun, Kamarul terpaksa menjadi hati kering apabila bapa mangsa merayu anaknya diselamatkan.
Kes kedua lebih mencabar kerana mereka perlu 'memanjat' tangga hingga ke tingkat empat sebuah flat. Kamarul diuji lagi apabila anak mangsa memaki hamun dan menyalahkan mereka atas kematian ibunya. Siap mahu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)! Jelas Kamarul, memang benar mereka terlewat menuju ke lokasi kes kedua. Namun, ada banyak faktor menyebabkan mereka terlambat. "Sebab itu, nak jadi petugas kesihatan ni kena ketepikan emosi dan hati. Mental jangan cepat koyak, semangat jangan cepat patah, mulut jangan cepat melatah," pesannya. Bertabahlah petugas kesihatan sekalian. - CARI
|
sarah82: Anak paling bising tu yg paling x buat apa bila mak bapa ada.. Bila dah tak ada paling bising mcm dia jaga sangat. Aku selalu tengok anak2 acah2 cuci ...
eyansss replied at 7-11-2019 04:30 PM
belajar basic cpr dek sebelum maki2 dokter... at least boleh bagi bantuan awal kat mak ko tu...
sarah82 replied at 7-11-2019 01:26 PM
Anak paling bising tu yg paling x buat apa bila mak bapa ada.. Bila dah tak ada paling bising mcm di ...
Buritan replied at 7-11-2019 07:24 PM
Yeppp betul ekau ckp tuuuu.. yg ratap byk kek fesbok tuu pun anak plg tara gune
dramaking007 replied at 7-11-2019 02:17 PM
kih kih......
roda2 kehidupan.....tp kan maybe sebab terlalu sedih...maybe..entala kan.....masa ...
sarah82: Anak paling bising tu yg paling x buat apa bila mak bapa ada.. Bila dah tak ada paling bising mcm dia jaga sangat. Aku selalu tengok anak2 acah2 cuci ...
ADVERTISEMENT