Gara-gara mengejar kereta api, wanita putus kaki selepas gagal melompat ke atas salah satu gerabak sebelum kakinya digilis pengangkutan itu. Memetik Daily Mirror, sebuah rakaman menunjukkan wanita berusia 35 tahun itu bersama seorang lelaki dilihat berlari di sepanjang platform kereta api berkenaan.
Difahamkan, lelaki itu berjaya melompat ke atas kereta api yang sedang bergerak, manakala wanita terbabit tersandung dan terjatuh di atas landasan berkenaan sebelum kakinya digilis. Insiden mengerikan itu dikatakan berlaku di stesen kereta api Kavkazskaya di bandar Kropotkin, wilayah Krasnodar Krai, Russia. Menurut laporan media tempatan, tiada konduktor kereta api bertugas di stesen berkenaan yang sepatutnya memantau keselamatan penumpang. Kejadian dikatakan masih dalam siasatan pihak berkuasa. - CARI
|
minguk replied at 7-11-2019 03:16 PM
ingat kelantan je ada krai, russia pun ada krai rupanya.
apapun takziah kak .
ADVERTISEMENT