CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Sampai Sebulan Jumpa Keluarga Boyfriend Tapi Sudah Boleh Panggil Ibu, Buat Ramai Cemburu..

7-11-2019 05:40 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 20907| Komen: 127|Original author: SakuraJo

Lumrah apabila bercinta, sudah pasti kita bukan sahaja mahu menjaga hubungan antara kekasih tetapi juga menjalin hubungan baik bersama keluarga pasangan masing-masing. Hubungan yang baik dengan keluarga amat penting bagi memastikan hubungan tersebut direstui keluarga dan memudahkan proses untuk ke jinjang pelamin sekiranya ada jodoh. 



Menerima layanan baik daripada keluarga kekasih semestinya mampu memberikan kebahagiaan kepada setiap pasangan. Itulah yang dirasai oleh gadis yang digelar Dania Elanor ini apabila ibu kepada kekasih hatinya seakan merestui hubungan percintaan mereka. 

Belum pun sebulan berkenalan dengan keluarga, sudah boleh panggil ibu.

"Anda tak dapat bayangkan betapa bahagianya saya. Sebelum ini saya panggil dia 'aunty' dan selepas beberapa minggu dia mula membahasakan dirinya sebagai ibu," tulis Dania. 


Kredit foto : Twitter Dania Elanor
Kredit foto : Twitter Dania Elanor

Menerusi laman Kisah Dunia yang menemubual gadis berusia 18 tahun itu sendiri, ibu kepada kekasihnya mula membahasakan dirinya sebagai ibu setelah dia memberi hadiah kepada keluarga teman lelakinya itu. 

Kredit foto : Twitter Dania Elanor

"Sejak moment itu, dia bahasakan diri sebagai ibu setiap kali kami saling berbalas Whatsapp. Mula-mula segan nak panggil, tapi lama-kelamaan saya juha selesa dengan kehendak berikut," ujarnya yang mengakui segan untuk memanggil wanita tersebut sebagai ibu namun semakin selesa selepas beberapa ketika. 

Kredit foto: Twitter Dania Elanor

Apa yang lebih membahagiakannya, mereka seringkali berhubung melalui aplikasi Whatsapp dan membincangkan pelbagai perkara

"Mungkin juga sebab dia belum pernah rasa ada anak perempuan dewasa untuk sembang pasal masak atau hal lain memandangkan anak keduanya masih kecil lagi. Kalau lama tak chat pulak, dia akan tegur kenapa diam saja," ujar Dania seperti yang dipetik dari Kisah Dunia. 

Kredit foto : Twitter Dania Elanor

Dalam pada itu, perkongsian Dania tersebut mendapat perhatian ramai sehingga diulang kicau lebih 13 ribu kali! Rata-ratanya cemburu dengan keakraban Dania dengan ibu teman lelakinya itu.

Kredit foto : Twitter Dania Elanor

Apa pun bertuah Dania kerana diterima baik oleh keluarga teman lelakinya itu. Semoga hubungan kekal sampai ke jinjang pelamin ye, dik. -CARI 
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-11-2019 05:44 PM
hello sakura, takde berita lain yg mengembang minda ke selain berita screenshot twitter???????

btw, hati2 la ye, kot2 tu mother in law from helllllll
Quote kakyungpilah85 7-11-2019 05:54 PM
Lol.. Benda macam ni pon nak masuk forum ke? {:question{:question{:question
Quote grizz 7-11-2019 05:59 PM
klu xbg adiah tu mybe still bahase kn diri aunty kot..
sbb adiah je ke trus tuka jd ibu..
Quote kaoru44 7-11-2019 06:03 PM
Macam xperlu pun berita ni..aku jmpa ramai dh makcik2 yg jnis ramah n bahasa dri as mak pd ank2 org lain..mcm mak kte dgn kwn2 kte pun bhasakn dri mak jgk..
Quote matchstick 7-11-2019 06:09 PM
menyesal nya baca thread ni
Quote Tink 7-11-2019 06:55 PM
Hmmm {:run{:run
Quote lkick2113 7-11-2019 06:56 PM
Cerita2 BBNU ni tak payah jadikan berita lah lain kali
Quote timah03 7-11-2019 07:07 PM
Rasanya macam perempuan tu komen dari status whatsapp....mestilah dia bahasa kan diri dia 'ibu'..sbb fikir anak2 dia baca kan....Dah tetiba pula perempuan ni pergi respon and terus panggil ibu
Tak payah gedik sangat la.....pnggilan tu tak menjanjikan kebahagiaan
Quote meisapoya 7-11-2019 07:55 PM
Babyyyyy                          
Quote setori_mori 7-11-2019 07:59 PM
Kemaruk nak menantu kot
Quote Pakis 7-11-2019 08:09 PM
Hahaha.  Rajin mak dia whatsapp. Mak dia pn bbnu ke?
Quote RatuDunia94 7-11-2019 08:19 PM
Nampak mcm sejenis mengongkong maknya.. belum apa2 dh suruh panggil ibu..
Quote Psfzi 7-11-2019 08:35 PM
Nanti dh kahwin. Terasa rimas pulak haha
Quote rayray28 7-11-2019 08:52 PM
Dia x seram le dpt bakal mil yg br je jumpe dh bahasakan diri ibu..kalau i seram oo ssh ko nk elak if apa2 kena ajak or suh buat apa2 ke nt sbb dh bg mesra sgt
Quote rayray28 7-11-2019 08:53 PM
RatuDunia94 replied at 7-11-2019 08:19 PM
Nampak mcm sejenis mengongkong maknya.. belum apa2 dh suruh panggil ibu..

Haaaa kannn..iols nmpk cmtu gk
Quote seramado 7-11-2019 08:56 PM
Hehe comel je{:cryrun
Quote Meiizu 7-11-2019 09:03 PM
matchstick replied at 7-11-2019 06:09 PM
menyesal nya baca thread ni

hunntoonggg laaa dia ahhahaha
Quote Meiizu 7-11-2019 09:05 PM
rayray28 replied at 7-11-2019 08:52 PM
Dia x seram le dpt bakal mil yg br je jumpe dh bahasakan diri ibu..kalau i seram oo ssh ko nk elak i ...

U dah matang...memang boleh bau bau ikan laaa dgn makcik2 camni.budak ni bbnu gedik laa haiii sronok dpt layanan bakal mertua
Quote crazybeach 7-11-2019 09:23 PM
gegeh tunjuk ko beramas mesra dengan family sana yach macam dah confirm ada jodoh tu. dah viral ni nanti jangan tak jadi pulak lah ye menantu sama mertua. jangan dah elok2 Ibu Baby heart emoji kang jadi Mokcik Setan tanduk purple lah ke hapa khuenss

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.088001 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top