Tak habis-habis kisah pedofilia yang menghantui kita di Malaysia. Terbaharu, seorang pengguna Twitter memuatnaik video oral seks bersama budak lelaki. Perbuatan tersebut diluahkan dengan kata-kata berunsur seks serta video yang menampakkan kelibat budak bawah umur. Mengaku dirinya sebagai guru, lelaki tersebut kerap bertukar-tukar pasangan dan semua mangsa adalah anak muridnya! Perbualan ini menarik perhatian warganet yang mengutuk perbuatan lelaki tersebut sehingga dia mengunci akaunnya.
Namun, ada beberapa video yang sempat dirakam oleh warganet untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis nanti. Ramai yang menggesa supaya lelaki itu disiasat kerana seks bersama budak lelaki jatuh dalam kategori penganiayaan kanak-kanak. Setelah insiden ini tular, wujud pula dakwaan baru bahawa gambar profil yang digunakan itu bukan dirinya sebaliknya orang lain. Empunya gambar yang juga doktor tampil bagi membersihkan namanya. Ramai yang mahu membuat laporan polis dan nampaknya sudah digantung oleh pihak Twitter. Cuma kita menantikan tindakan dari pihak berkuasa pula. Menyedihkan. Kanak-kanak ini tampaknya telah di'groom' supaya sukarela menjadi pasangan seks cikgu tersebut. Jika pedofilia ini terlepas, bimbang akan lebih ramai lagi menjadi mangsa. - CARI |
kroit92 replied at 10-11-2019 08:58 PM
apa maksud groom ni?? ada maksud lain ke selain bersolek-solek?
maaf, saya benar-benar tidak tahu
ADVERTISEMENT