Siapa sangka nasi lemak membuatkan 'mat saleh' tidak senang duduk dibuatnya. Sampai sanggup terbang jauh untuk merasainya sendiri di Malaysia. Begitulah yang diceritakan oleh selebriti Youtube, Darren Cronian, 45 yang datang jauh dari Athens selepas terpaut dengan gambar menyelerakan itu di IG.
“Saya terbang dari Athens ke Singapura, yang mengambil masa selama 11 jam, dan enam jam kemudian berangkat ke Kuala Lumpur,” katanya, memetik laporan Malay Mail. Dia juga sempat memuat naik momen indah perjalanan jauhnya , 9 600 kilometer untuk datang ke Malaysia menerusi Youtube miliknya. Katanya, dia mula jatuh cinta dengan masakan ini sejak lima tahun dahulu ketika berkunjung ke Malaysia.
“Itulah makanan pertama yang saya cuba sebaik menjejakkan kaki di sini dan seperti orang Inggeris yang lain, saya makan semua benda yang ada dalam pinggan seorang diri,” katanya. “Selepas itu bila tengok orang tempatan makan pakai tangan, saya pun ikut seperti mereka," terangnya lagi. Dalam pada itu, lelaki ini mengakui berasa selesa di Malaysia kerana seolah-olah berada di negara sendiri. “Setelah menghabiskan masa selama seminggu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ketika kunjungan kali pertama dulu, saya berasa selamat dan diterima. “Apa yang buat saya rasa Malaysia seperti rumah kedua adalah masyarakatnya, makanan dan aspek budaya di negara ini," ujarnya. - CARI
|
minguk replied at 8-11-2019 05:47 PM
semoga bertemu jodoh dengan orang malaysia.. menetaplah di athens dan menikmati nasi lemak hari-hari ...
awanearisu replied at 8-11-2019 06:17 PM
Walhal yang sebenarnya di lapangan terbang Changi pun dah boleh dapat sepinggan nasi lemak ayam. Mes ...
HannahMontana replied at 8-11-2019 05:59 PM
Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa muka pula xlawa
jazaa100 replied at 8-11-2019 06:40 PM
Apa?.....nasi lemak ke Hannah?....
Aaah...aku klu mkn kat kedai, harap sgt dorang serve aku m ...
ADVERTISEMENT