CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Gelar Pelajar Ahli Neraka' - Sindrom Guru Celupar Tak Halalkan Ilmu Dibidas

14-11-2019 10:07 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8268| Komen: 28|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Perangai pelajar masa kini jauh berbeza dengan dahulu. Mereka dikatakan lebih nakal dan berani melawan guru. 

Tidak hairanlah ada segelintir guru yang sanggup meluahkan kata-kata kesat melabel mereka ahli neraka, malah ada yang kononnya tidak menghalalkan ilmu dicurahkan.


Bagaimanapun, respons melampau para guru itu kini dibidas orang ramai. Salah seorang yang mengkritik mereka termasuklah seorang pensyarah yang juga pengguna Twitter bernama Anas.


Kredit foto: Carian Google

Mengulas mengenai isu mulut guru celupar itu, Anas berkata ia adalah sesuatu yang tidak wajar bagi guru untuk berbuat demikian.

'Wahai guru, kalau kamu jenis sikit-sikit tak halalkan ilmu, kamu salah.

'Kita dapat gaji setiap bulan, dibayar untuk mengajar, sepatutnya kita perlu berhati-hati dengan masa dan usaha agar gaji yang kita terima itu halal,' tulisnya di Twitter.


Lebih teruk, menurut Anas ada guru yang tega menggelar anak murid mereka 'ahli neraka'.


Kredit foto: Twitter

Memberitahu portal mStar, Anas berkata ramai pelajar mengadu dimarahi guru dan pensyarah tapi paling mereka takuti apabila ilmu yang diterima 'diharamkan'.

'Menegur murid perlu kena dengan caranya, kena saling hormat sebab zaman kini sudah berubah, kita sebagai pendidik kena ada empati,' tambahnya lagi.

Mengajar di sebuah kolej dan pusat tuisyen, Anas berkata komen itu berdasarkan pengalamannya mengajar puluhan tahun. 

Kredit foto: Twitter

Posting Anas itu mendapat reaksi netizen dengan lebih 12 ribu ulang kicau (ketika artikel ditulis). Ramai yang bersetuju dengan pendapat beliau, tetapi ada juga yang menentang.

'Kalau pelajar meniru masa final exam, macam mana tu? Bukankah gaji masa kerja nanti akan haram?' luah seorang netizen.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

'Itu beza mengajar dan mendidik, ada guru yang sekadar melepaskan tanggungjawab,' kata seorang lagi.


Kredit foto: FB

Tetapi, dengan perangai pelajar masa kini yang semakin naik kepala, sejauh manakah guru dapat menahan kesabaran? Apa pula kata cikgu-cikgu? - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Elanarose

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 14-11-2019 10:30 AM
Ada tak cikgu2 cina atau india yg ckp mcm ni kat murid?
Quote lwyl 14-11-2019 10:58 AM
Nana_Man: Ada tak cikgu2 cina atau india yg ckp mcm ni kat murid?


Tak ada sebab Cina auto ahli neraka. Tengok neraka level berapa je.
Quote luluaurora 14-11-2019 11:19 AM
Hmm wujud jah ckgu mcm ni zmn sek men 2004 dlu, ustazah.. Mulut pn buleh tahan.. Kalau tegur mmg x berlapik.. Pepet..poen.. Tetek semua keluar.. Ada jugak la bunyik xhalalkn segala ilmu yg dia ajar bla ada yg menjawab.. Msalahnya dia sndiri xde adab bila ckp..

Pernah dia tarik rmbut mmber sbb mmber bka tudung wktu rehat n rambut blonde.. Mmber srok bwh meja dia dtg tarik rmbut heret smpai pntu.. Hurmmm...

At the end ktaorg smua tau anak prempuan dia sndiri lg teruk.. Sexy.. Freehair.. Skolah agama lgi.. Huhuu..

Wahai pendidik.. Ajarlh dhn kasih sayang..
Quote sarahmirza 14-11-2019 11:25 AM
Zaman i belajar dulu takde pulak ayat "tak halalkan ilmu yang diajar"...
Biasa dulu dengar orang cakap, "tak berkat"...

Kejadah nak halal haramkan ilmu...
Kau tau tak yang amalan baik yang diamalkan orang lain dari ilmu yang kau beri itulah antara pahala berterusan yang kau dapat walaupun dah masuk kubur? Tau tak?

Btw cikgu mulut celupar ni kemungkinan cikgu lulusan KPLI yang terpaksa jadi cikgu demi kelangsungan hidup... Kawan2 i yang fokus lepas spm terus masuk maktab, ambil kos perguruan rata2 elok pekerti aje menjadi cikgu...
Quote AbukRokok 14-11-2019 11:41 AM
sikit masa lagi terus kafirkan student
Quote realist_13 14-11-2019 11:41 AM
Dah mengajar tu mengajar je laa, sibuk plk beria halal haram ilmu, yg student pn sibuk la nk ckp halalkan itu ini, dah mmg cycle cmtu kan... meleis kepam ni mmg sibuk 24 jam ya psal agama, bajet holy memasing, tapi perangai makin haukk kat luar sana...
Quote isseliparjepun 14-11-2019 11:48 AM
Ujung ujung tahun diberi topik membawang begini. Tapi kadang cikgu ni mulut lepasss. Aku tingat sorang cikgu jenis macam ni. Tiap kali aku teringat..terasa marahnye. Hmm seronok la kot dia boleh cakap lepas gitu dekat pelajar. Tak fikir pelajar juga ada perasaan.
Quote chicozinn 14-11-2019 12:19 PM
terpaksa setuju tapi meollss terkena time study kat U dulu..yela bayangkan buku2 rujukan sume memahal pastu lecturers boleh ckap kat student2 yg sape2 beli hat fotostat punya lecturer lgsung tak halalkan..

yg jenis orka, dpat biasiswa n acik2 polis yg smbung blajar boleh la nak beli buku rujukan hat tipis pun da seratus lebih tu..lagi2 buku kalu penulis tu lecturer sendiri lagi la deyollss siap ade list student yg beli buku dari dorang n dpat extra carrymarks..ape la jadi tenaga pengajar pun xikhlas..
Quote Artemesiaa 14-11-2019 12:43 PM
Tak perlu guna ayat mengugut macam tu banyak je cara lain yang boleh dibuat untuk bantu murid jadi lebih baik
Quote Psfzi 14-11-2019 01:20 PM
Dah jadi cikgu tu, buat le cara nk megajar
Quote Sang_Pencinta 14-11-2019 01:23 PM
luluaurora replied at 14-11-2019 11:19 AM
Hmm wujud jah ckgu mcm ni zmn sek men 2004 dlu, ustazah.. Mulut pn buleh tahan.. Kalau tegur mmg x b ...

Aku baca pun boleh termarah dgn ustazah korang ni
Quote Sang_Pencinta 14-11-2019 01:42 PM
chicozinn replied at 14-11-2019 12:19 PM
terpaksa setuju tapi meollss terkena time study kat U dulu..yela bayangkan buku2 rujukan sume memaha ...

UPSI ke? Abang sy Upsi pun ada cerita lecturer yg perangai sama sumpah student fotostat nota kuliah dia.
Quote moks 14-11-2019 02:27 PM
Kehkehkeh... teringat zaman dolu2. Cikgu boleh tarik keberkatan ilmu yg dia sampaikan. Maka berduyun2 lah cikgu jadi samseng memaki hamun tak hengat.
Quote Fly_over 14-11-2019 02:49 PM
dulu mse kecik2 darjah dua ingt lg cikgu myumpah murid2 bodoh smpi bila2 tak kn pandai.
Quote chicozinn 14-11-2019 02:52 PM
Sang_Pencinta replied at 14-11-2019 01:42 PM
UPSI ke? Abang sy Upsi pun ada cerita lecturer yg perangai sama sumpah student fotostat nota kulia ...

nope..tapi sume U ade je lecturer cmtu sbab deyyollss da curahkan kudrat keringat nak buat buku untuk student beli..hehehhe

Quote bonggo 14-11-2019 02:53 PM
Ade member aku belajar buat kek bayar dlm rm250 camtu.  Dah habis nak balik tu cikgu tu siap cakap 'saya tak halalkan kalau awak share atau jual resepi saya'.  Pulak.. Macam la org masuk kelas dia free nak halalkan ke tak.  {:nose
Quote fish 14-11-2019 03:00 PM
Edited by fish at 14-11-2019 03:02 PM

tertarik pulak dgn komen sorg netizen kat atas tu
"pengajar dibayar utk mengajar,  masuk kelas just ajar, tak faham lantak korang"
wow sgt komen. harap2 dia bukan cikgu.

kalau la semua org berfikir mcmtu
cth mcm kerja aku ni, biar saja kontraktor buat projek, betul tak betul, nak roboh kemudian hari ke blkg kira, yg penting siap & dibayar full gitu
lpstu haramkan pulak bangunan yg aku jaga, aku urus, aku pantau. Byk projek sekolah pulak tu
Quote Sang_Pencinta 14-11-2019 03:04 PM
bonggo replied at 14-11-2019 02:53 PM
Ade member aku belajar buat kek bayar dlm rm250 camtu.  Dah habis nak balik tu cikgu tu siap cakap ' ...

So org yg nak belajar kek sbb buat bisnes kena sumpah lah
Quote fish 14-11-2019 03:12 PM
bonggo replied at 14-11-2019 02:53 PM
Ade member aku belajar buat kek bayar dlm rm250 camtu.  Dah habis nak balik tu cikgu tu siap cakap ' ...

ni sbb takut kelas tak laku la tu, resepi dah bocor, mcmana nak buat kelas lg dan lg...




Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.282786 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top