Selepas bertunang pada Mei lalu, pelakon Nadia Brian dan pasangannya iaitu Muizz Nasruddin bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada \ September tahun ini. Namun, mereka terpaksa menangguhkan majlis itu kerana masalah lokasi.
Setelah melalui sedikit kesusahan, akhirnya Nadia Brian telah pun sah bergelar isteri kepada Muizz pada tengah hari Sabtu, dengan sekali lafaz sahaja. Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000. "Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan. Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin," katanya kepada Berita Harian.
Kalau anda nak tahu, Nadia mula mengenali suaminya menerusi teman baik yang juga pelakon iaitu Ainul Aishah. Walaupun tidak mengharapkan apa-apa pada awal perkenalan, tetapi kesungguhan Muizz akhirnya berjaya memikat hatinya. "Pada peringkat awal perkenalan, saya sendiri tidak mahu memberikan sebarang harapan kepadanya, selain sibuk dengan aktiviti lakonan, waktu itu. Namun, penghujung tahun lalu, kami mula menjadi rapat. Dia juga tidak pernah berputus asa untuk menambat hati saya. "Seterusnya, Februari lalu saya menerima lamarannya di kota Paris, bersaksikan Menara Eiffel," katanya. Tahniah! - CARI
|
dahlamadah.. replied at 10-11-2019 10:18 AM
selain hensem, mesti kaya...
moga bahagia..
beta_carotene replied at 10-11-2019 10:34 AM
Jenis body skinny fit gini mesti emmzz.. Dap2 la.. Tahniah nadia n hubby..
Februari lalu saya menerima lamarannya di kota Paris, bersaksikan Menara Eiffel," katanya.
EvieWanKenobi replied at 10-11-2019 10:51 AM
jauhnya decide..
vokay replied at 10-11-2019 11:49 AM
Tak silap suaminya anak buah KJ
ADVERTISEMENT