|
Seorang lelaki berbogel di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur, semalam dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Harian Metro melaporkan, lelaki berusia 30-an itu berjalan di hadapan sebuah bangunan sebelum disedari orang awam jam 5.27 petang.
Selepas menerima aduan, anggota unit rondaan bermotosikal (URB) dan kereta peronda dikerahkan ke lokasi. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah, lelaki berkenaan tidak berkelakuan agresif apabila dipujuk anggota untuk masuk ke dalam kereta peronda. “Siasatan mendapati lelaki itu tidak sedar dia berbogel di khalayak ramai kerana minum minuman keras berlebihan,” katanya. Selain itu, lelaki terbabit juga didapati tidak mempunyai masalah mental. Difahamkan, polis kemudian membelikan pakaian di kedai pakaian terpakai untuk lelaki berkenaan selain memberinya wang saku untuk dijadikan tambang pulang ke rumahnya di Brickfields. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.089266 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.