Seringkali kita disajikan dengan pelbagai tips untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat baik daripada individu biasa sehinggalah golongan selebriti. Antara tips yang sering dikongsi adalah minum banyak air kosong untuk mengurangkan rasa lapar. Berkongsi tips menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan air putih sebanyak 7 liter sehari di laman Twitter, seorang individu mendapat perhatian ramai. ertikaikan tips yang diamalkan olehnya itu. Minum 7 liter air sehari. Lagi banyak minum air putih, lagi banyak berat yang dikurangkan. Rata-rata tidak bersetuju dengan diet yang diamalkan oleh individu terbabit dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah tersilap. Pengsan kerana kehilangan elektrolit di dalam badan akibat terlebih minum air putih.. Tweet tersebut juga mendapat perhatian pengamal perubatan yang dikenali sebagai Pami Nordin. Dia cuba menegur kesilapan yang kerap dilakukan oleh orang ramai terutama sekali mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Minum air secara berlebihan boleh membebankan buah pinggang. Tambah Pami lagi, minum air secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan yang boleh menyebabkan sawan. Malah, pengamal perubatan yang terkenal di media sosial iaitu Dr. Rafidah Abdullah juga turut menegur amalan karut tersebut. Apa pun, setiap makanan atau minuman yang berkhasiat sekiranya diambil secara berlebihan pasti akan memudaratkan tubuh badan. Sebaiknya ambil secara bersederhana. Jangan sesekali amalkan diet yang tidak seimbang hanya kerana mahu cepat kurus! -CARI
|
Sangkar_Emas7 replied at 12-11-2019 08:56 AM
Bkn kalau under herbalife....kalau nak kurus, dia akan push kita minum air byk2 ke?
ADVERTISEMENT