Siapa sangka, masih ramai lagi penjenayah yang bebas di luar sana sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam atau ghaib bagi melakukan aktiviti jenayahnya.
Hal itu didedahkan oleh seorang wanita selepas rumahnya dipecah masuk pada suatu malam. Katanya, peliknya kerana seisi rumah seakan 'terpukau' ketika kejadian. “Mengantuk sangat-sangat, lepas itu semua tidur. Tak tahu apa yang jadi malam tu. Sedar-sedar saja kawan serumah tanya ‘mana telefon kau?’. Dalam separuh sedar cari kat mana telefon. “Aduh telefon hilang. Iman (kawan serumah) pun hilang, dia cakap pintu rumah terbuka dan tak berkunci. Bila ‘check’ (periksa), mangga bersepah di lantai, tingkap dan pintu kena kopek,” kata Fatien Abdul, memetik laporan ProjekMM.
Katanya lagi, situasi itu sangat menakutkan kerana penjenayah berjaya masuk tanpa disedari seorang pun ahli di dalam rumah. Namun, mereka bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa rogol. “Paling menakutkan bila ayah kepada seorang kawan serumah beritahu setiap bilik, katil, pintu bilik dan pintu rumah dicalit minyak dagu,” tulisnya. “Dia cakap, minyak dagu bukan sahaja buatkan kita sukakan seseorang. Tapi digunakan bagi tujuan lain. Mungkin untuk sihirkan, dan mungkin untuk mudahkan dia datang lagi," katanya lagi. Perkongsian wanita ini di laman Facebook mendapat hampir 10 ribu kali share dan 5 ribu komen. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
ADVERTISEMENT