CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akel Ukays, Isteri Dan Anak Sah Terbunuh Dalam Serangan Udara Rusia Di Syria

13-11-2019 11:12 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 33024| Komen: 135|Original author: Oleh: LilRose

Bekas pemain dram kumpulan rock terkenal 90-an Ukays, Akel Zainal yang sebelum ini kecoh dikatakan menyertai kumpulan militan sejak 2014 dilaporkan terbunuh pada awal tahun ini.

Menurut BenarNews seperti dipetik mStar Online, selain Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang lebih popular dengan nama Akel itu, Mohd Rafi Udin, 53, juga dikenali sebagai Abu Ain dan Abu Awn al-Malisi iaitu seorang lagi perekrut utama Malaysia bagi kumpulan pengganas Negara Islam (IS) turut maut dalam serangan udara Rusia di Syria.



Kredit foto: Babab.Net

Difahamkan, Rafi dan Akel masing -masing terbunuh pada Januari dan Mac lalu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, maklumat itu diperolehinya menerusi rakan sejawatannya serta sumber rakyat Malaysia di Syria.

Lebih tragis, isteri dan anak-anak Akel turut sama terbunuh dalam serangan itu.


"Maklumat yang diterima berkata bahawa rumah Akel di Baghouz terkena letupan bom semasa serangan udara pada Mac lalu.

"Isteri dan dua anaknya yang berumur dua dan tiga tahun juga terbunuh," kata Ayob.


Kredit foto: BenarNews

Akel dilaporkan menyertai IS dan turut terbabit dengan perang sejak konflik tercetus di Syria.

Malah, bekas anggota Ukays itu giat menrekrut wanita terutama pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk ke negara terbabit.

Menurut mStar, bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Syamimi Faiqah merupakan salah seorang yang direkrutnya.

Gadis itu dipercayai lari ke Syria untuk berkahwin dengan Akel selepas Facebook 'menjodohkan' mereka. - CARI
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 13-11-2019 11:31 AM
Syamimi tu ke wife yg terkorban? Innalillah. Kadang2 manusia ni sendiri yg tahu apa dia nak dan cari dalam hidup.
Quote MissLana 13-11-2019 11:33 AM
So Syamimi Faiqah student KUIS tu aka wife dia pun dah mati ye kena bom?
Quote yayasbs 13-11-2019 11:36 AM
innalilahiwainailaihirojiun..semoga arwah dan keluarga ditempatkan bersama org2 beriman..
Quote dahlamadah.. 13-11-2019 11:40 AM
tak berapa perasan dia ni dalam kump. Ukays
mcmana la dia boleh terlibat n bila masa training bagai..

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun
Quote LadyCarefree 13-11-2019 11:46 AM
yayasbs: innalilahiwainailaihirojiun..semoga arwah dan keluarga ditempatkan bersama org2 beriman..


Enrah berapa banyak nyawa dia ambil? Xlupa juga dia penyebab isteri dan anak2 mati.
Quote MelahJanda 13-11-2019 11:46 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi roojiun

Sesetengah org dia sendiri tahu benar dan yakin apa dicari dlm hidup / matinya. Kita pun tak faham apa yg dia percaya adakah berbeza dgn apa yg org lain percaya.
Quote legal_jue11 13-11-2019 11:47 AM
Allahu..dia ke syria untuk menentang tentera bashar ke?..moga Allah swt mengampuni dosa2 beliau..cuma nak tanya perlu ke bawa anak bini ke negara yg bergolak waimah apa pun tujuannya..sighh..
Quote aemon 13-11-2019 11:48 AM
sohai tak nak berjihad begini ke?fisabilillah...
Quote Minyakyuyi 13-11-2019 11:54 AM
aemon replied at 13-11-2019 11:48 AM
sohai tak nak berjihad begini ke?fisabilillah...

Sohai jihad kt umah ja...nk angkat senapang pn lah aiii...
Quote takayama 13-11-2019 12:09 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi roojiun
moga Allah mengampuni dosa2nya dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh, takziah buat keluarga arwah dan juga isteri
nak ulas lelebih pun xtaw apa yg sebenarnya dia dukung dlm perjuangan hidup dia
Quote lasagna 13-11-2019 12:15 PM
aemon replied at 13-11-2019 11:48 AM
sohai tak nak berjihad begini ke?fisabilillah...

ehhh sohai berjihad gak tu walau pun!
Quote dewi_rina 13-11-2019 12:18 PM
sohai taknak ke berjuang menuju ke syurga Allah? Dunia ni kan neraka
Quote kentel 13-11-2019 12:33 PM
Minyakyuyi replied at 13-11-2019 11:54 AM
Sohai jihad kt umah ja...nk angkat senapang pn lah aiii...

sohai nak bezakan bumi sfera & rata pun xreti beza....
Quote EncikRhoma 13-11-2019 12:34 PM
aemon replied at 13-11-2019 03:48 AM
sohai tak nak berjihad begini ke?fisabilillah...

kat syria takde laksa
Quote meteorspeed 13-11-2019 12:35 PM
Dia punya jihat antara dia ngan allah jer. Kiter tak yah komen bla bla bla. Kiter srbagai manusia doakan moga di tempatkan dikalangan org beriman..
Quote sukacactus 13-11-2019 12:41 PM
Salam takziah pada keluarga arwah
Tp sian kat wife dgn ank2nya
Quote arffa 13-11-2019 01:22 PM
Minyakyuyi replied at 13-11-2019 11:54 AM
Sohai jihad kt umah ja...nk angkat senapang pn lah aiii...

Dia angkat phone je larat
Quote Managerara 13-11-2019 01:23 PM
Ustazah aku pernah bincang soal ni..katenye berjihad ni ade 3, utk agama bangsa dan negara..selagi itu tujuan kite insyaallah mati kita adalah syahid..

Walaupun perjuangan mereka ni xjelas bagi kita..doa je yang baik2..
Quote Miawlover 13-11-2019 01:27 PM
dewi_rina replied at 13-11-2019 12:18 PM
sohai taknak ke berjuang menuju ke syurga Allah? Dunia ni kan neraka

Sohai berani "berjuang" dimedia sosial je..

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.104702 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top