CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Anak Kerana Tak Sanggup Dirampas, Pasangan Sumbang Mahram Dipenjara Seumur Hidup

20-11-2019 10:57 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 4070| Komen: 18|Original author: Pink Lily


Rumah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak, namun sebaliknya berlaku kepada adik-beradik di Sheffield, UK ini- Tristan, 13, dan Blake Barrass, 14, apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam ibu bapa mereka di rumah sendiri. Menurut laporan, kedua-dua remaja itu telah dicekik sehingga mati dan kepala mereka ditutup dengan plastik sampah.

Lebih menjijikkan apabila pihak berkuasa mendapati yang ibu bapa mereka, Sarah Barrass, 35, dan Brandon Machin, 39, merupakan adik-beradik tiri. Mereka disifatkan sebagai 'syaitan' oleh adik mereka, Martyn Barrass, kerana mempunyai sifat kejam semenjak kanak-kanak lagi dan sering bertindak kasar terhadap anak-anak mereka, namun tidak menyangka kakak dan abangnya itu sanggup membunuh anak sendiri.


Kredit foto: Mirror.uk
Hasil hubungan sumbang marham pasangan ini, mereka mempunyai enam orang anak. Bagi mengelakkan anak-anak mereka dirampas dan diletakkan di bawah penjagaan rumah kebajikan, Barrass dan Machin telah merancang untuk membunuh anak-anak mereka 10 hari sebelum mereka dijumpai mati pada pagi 24 Mei. Mereka bertanggapan lebih baik anak mereka mati daripada tinggal di rumah kebajikan. 

   
Gambar yang dimuat naik di media sosial oleh Barrass sebelum kejadian itu. Kredit foto: Mirror.uk
Pendakwa raya menyatakan sebelum kejadian itu, tetamu yang datang ke rumah mereka sering mendengar Barrass memberitahu anak-anaknya, "Saya memberi kamu nyawa, saya juga boleh tariknya semula."

Barrass juga telah meminta bantuan daripada pihak berkuasa untuk membantu berkenaan isu anak-anaknya. Selain itu, dia turut menghantar mesej kepada rakannya menyatakan:

"Saya dah fikir kesemua penyelesaian yang mungkin untuk masalah ini. Pembunuhan beramai-ramai, letakkan mereka bawah penjagaan (rumah kebajikan), daftar masuk rumah orang gila." 

"Saya tak boleh bunuh mereka kerana terlalu sayangkan anak-anak saya, tapi saya juga tak boleh hantar mereka ke pusat jagaan kanak-kanak untuk alasan yang sama."

Menurut keterangan yang dibaca di Mahkamah Sheffield Crown, pasangan itu telah memaksa anak-anak mereka memakan tablet yang diharapkan dapat membunuh tetapi ia tidak berkesan. Selepas itu, Barrass mula mencari cara lain untuk membunuh anak-anaknya melalui internet, termasuk melemaskan dan mencekik.

Selepas membunuh Blake dan Tristan, mereka cuba melemaskan salah seorang anak yang lain di tab mandi, namun usaha mereka gagal apabila kanak-kanak itu bergelut dan menjerit. Susulan kegagalan melemaskan anak-anak yang kecil, Barrass membawa mereka ke bilik tidur dan seterusnya menghubungi polis. 

Blake, 14, dicekik oleh bapanya sehingga mati. Kredit foto: Mirror.uk
Tristan, 13, maut dicekik oleh ibunya menggunakan tali gaun. Kredit foto: Mirror.uk
Kesemua kanak-kanak yang berjaya diselamatkan berusia di bawah 13 tahun. 

Barrass dan Machin pada mulanya berkeras menafikan tuduhan terhadap mereka, tetapi akhirnya mengaku bersalah atas dua tuduhan membunuh, konspirasi untuk membunuh enam kanak-kanak dan lima tuduhan cubaan membunuh. 

Hakim memutuskan Barrass dan Machin akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan penjara minimum 35 tahun. - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Mizz_Tempoyak

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SyaJoyah 20-11-2019 11:16 AM
Bodoh manusia skrg
Quote fliphair8 20-11-2019 11:25 AM
manusia mampu menjadi lebih teruk dari binatang
Quote Buritan 20-11-2019 11:29 AM
Yg gomen nak rmpas anak depa buek hapee.. gasaklaa nak sumbang ke sumbeng ke...
Quote Forfoxache 20-11-2019 11:34 AM
Aaah Shefield. Dulu aku pernah gi sambar Clarks kt sana.
Quote prettyuglybabe 20-11-2019 11:39 AM
ini jarum-jarum halus..
Quote sharlenetexas 20-11-2019 12:06 PM
Cantik rumah.

Quote palmolive 20-11-2019 12:08 PM
omputeh lagi gila..
tapi sebab pujaan ummah, terlindung semua
Quote DayangKirana 20-11-2019 02:31 PM
mak bapak mental..
Quote cheekylala 20-11-2019 03:35 PM
mak bapak syaitan!
Quote abangadek 20-11-2019 03:45 PM
kalau adik beradik tiri sumbang mahram apenyehhhhhh bapak lain2
Quote orgsepang 20-11-2019 03:50 PM
Ingatkan orang putih dah tak kisah sumbang apa pun.
Quote Dwdrum 20-11-2019 03:53 PM
prettyuglybabe replied at 19-11-2019 07:39 PM
ini jarum-jarum halus..

mereka cuba perli isle kot sis ....jarum jarum halus
Quote Nenolen 20-11-2019 05:19 PM
RIP dear
Quote clarizsa 20-11-2019 05:49 PM
Sumbang mahram is jijik

Tapi kesian anak2 tu
Hmmm
Quote nourie 21-11-2019 09:38 AM
Manusia ke mcm ni?
Quote nobito 21-11-2019 12:54 PM
Buritan replied at 20-11-2019 11:29 AM
Yg gomen nak rmpas anak depa buek hapee.. gasaklaa nak sumbang ke sumbeng ke...

Memang la gomen sana nak Jaga kanak2 terbiar tu biar diorg biar tak jadi kera macam anak2 lokal Meloyar kaki rempit Kat Station 18 , Ipoh tu 4 pagi.
Quote minguk 21-11-2019 01:38 PM
maksud cerita ni, ibu bapa budak ni dari emak yang sama tapi lain ayah ke?
Quote Buritan 21-11-2019 01:45 PM
nobito replied at 21-11-2019 12:54 PM
Memang la gomen sana nak Jaga kanak2 terbiar tu biar diorg biar tak jadi kera macam anak2 lokal Me ...

Laaa sumbang mhram biasaklaa utk kokesen.. yg prasan kokesen pun blmbk sumbang mhram.. luar nikah pun ramai jahhh.. tuu haa kat sabak mcm.mcm.ade.. sebut jaa.. sumbang mhram.ade.. luar nikah ade..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.042620 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top