CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dituduh Merogol, Joon Joon-young Dan Choi Jong-hoon Berdepan Hukuman Penjara Minimum 5 Tahun

15-11-2019 09:35 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4522| Komen: 15|Original author: Tukang Tulis

Jung Joon-young (kiri) dan Choi Jong-hoon dituduh merogol seorang wanita dan menyebarkan rakaman perbuatan itu. Kredit foto: Facebook

Dua artis K-pop berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun sekiranya disabitkan kesalahan merogol seorang wanita secara beramai-ramai  pada Mac 2016.

Menurut laporan Newsweek pada 13 November seperti dipetik daripada Soompi, pihak pendakwaan mencadangkan agar Jung Joon-young dihukum penjara selama tujuh tahun kerana terlibat dalam perbuatan jenayah itu serta merakamkan dan mengedarkan video kejadian melalui media sosial.

Pihak pendakwaan turut mencadangkan Choi Jong-hoon dari kumpulan F.T. Island dihukum penjara lima tahun kerana penglibatannya dalam kejadian yang sama.

Choi Jong-hoon. Kredit foto: Instagram

June lalu, Joon-young mengaku mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan tetapi menafikan dia merogol mangsa manakala Jong-hoon menyatakan dia tidak bersalah dan tidak melakukan perbuatan jenayah itu.

Joon-young, Jong-hoon dan tiga lelaki yang lain dibicarakan atas tuduhan merogol seorang wanita dan merakamkan perbuatan itu ketika dia tidak sedarkan diri di dalam bilik di sebuah hotel.

Selain mencadangkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun terhadap semua tertuduh, pihak pendakwaan turut menyarankan supaya semua lelaki terbabit dilarang daripada bekerja dengan golongan bawah umur selama 10 tahun dan melalui rehabilitasi.

Mac lalu, Joon-Young ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan tersebut mengaku dia telah merakamkan aksi panasnya dengan beberapa wanita tanpa kerelaan mereka.

Jung Joon-young. Kredit foto: Instagram
Pada Mei lalu, Joon-Young mengaku bersalah atas 11 tuduhan merakamkan dan berkongsi video aksi panas itu serta mahu berunding dengan mangsa-mangsa untuk mencari jalan penyelesaian.

Mangsa dalam kes tersebut tampil ke depan setelah mendengar laporan berita tentang video yang dikongsikan oleh Joon-Young dalam ruang sembang media itu.

Dia seterusnya berjumpa dengan peguam yang mendedahkan ruang sembang itu dan mengesahkan bahawa terdapat satu rakaman audio dan enam gambar wanita berkenaan yang dikongsi.

"Selepas melihat laporan media tentang ruang sembang ini, saya menyedari mereka sebenarnya bukan kawan-kawan saya. Mereka melayan saya seperti barang mainan. Ia sangat memalukan dan perit. Saya berharap mereka menerima hukuman yang setimpal," kata mangsa.

Di sebalik imej bersih dan kemas, segelintir artis K-pop yang menjadi pujaan ramai rupa-rupanya mempunyai perangai yang buruk lagi menjijikkan. - CARI


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-11-2019 09:42 AM
comel yg minum guna straw tu walaupun kulop
Quote chicozinn 15-11-2019 10:02 AM
5- 10 tahun je jail lepas rogol???takde sebatan plak tu...what the heck law korea poojaan kpooopers ni!!!!!
Quote Ina8895 15-11-2019 10:33 AM
Busuk punya budak k pop
Quote whadda 15-11-2019 11:09 AM
orang yang sama ke gambar atas ngan bawah tu.. yang atas tu semua muda2.. bawah tu macam umur 40 je
Quote Ina8895 15-11-2019 11:30 AM
whadda: orang yang sama ke gambar atas ngan bawah tu.. yang atas tu semua muda2.. bawah tu macam umur 40 je


Muka plastik kot
Quote Ina8895 15-11-2019 11:42 AM
Kurex: comel yg minum guna straw tu walaupun kulop

Budak jahat tu
Quote Nt-ViruS 15-11-2019 02:41 PM
Datang jela Msia, ramai yang laju kangkang free.
Quote Ina8895 15-11-2019 03:53 PM
Nt-ViruS: Datang jela Msia, ramai yang laju kangkang free.


Ikon tahun melawat msia ni
Quote Psfzi 15-11-2019 09:20 PM
Sapa yg depa rogol tu
Quote beatgirlX 16-11-2019 11:57 PM
Nt-ViruS replied at 15-11-2019 02:41 PM
Datang jela Msia, ramai yang laju kangkang free.

So sad..tp ada benarnyaaa
Quote gideoncross 17-11-2019 03:45 AM

Bnda ni actually trjadi around awal tahun ni & dorg brdua ni mrupakan pmangsa & prmpuan2 yg d buat mcm tu ktanya smuanya dlm keadaan x sedarkn diri msa kna raped.

Quote merahrose 17-11-2019 04:11 PM
whadda replied at 15-11-2019 11:09 AM
orang yang sama ke gambar atas ngan bawah tu.. yang atas tu semua muda2.. bawah tu macam umur 40 je

choi joon hoon yg credit instagram tu salah pic..tu vokalis group jannabi..
Quote boongalalang 17-11-2019 06:40 PM
Aku lebih nak tau ape jadi dengan seungri lelaki 4gang dia dah keluar dari military training
Quote bbasir 17-11-2019 09:29 PM
bodoh je sape minat geng kulup ni. dah la berak tak basuh..... weeeeekkkkkkkkk
Quote mieymiey 18-11-2019 01:04 PM
Ko ingat ko retis ko boleh buat sesuka hati??

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.407489 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top