CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurung Anak Sendiri Dalam Sangkar Kucing, Simbah Air Panas Sampai Mati

14-11-2019 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6476| Komen: 49

Ibu bapa kejam! Sepasang suami isteri dilaporkan sanggup mendera anak lelaki yang berusia lima tahun dengan begitu kejam.

Budak itu dikurung dalam sangkar kucing dan turut disimbah dengan air mendidih kerana tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.


Harian Metro melaporkan Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, keduanya 27 tahun turut sering memukul mangsa sehingga tempang kerana tempurung lututnya senget.

Foto: Harian Metro
Kejadian di Singapura itu mendapat liputan ketika perbicaraan terhadap tertuduh semalam. Mahkamah diberitahu mangsa dikurung dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016 kerana enggan mandi sebelum bapanya mencurah air panas sekurang-kurangnya 92 darjah Celcius pada belakang dan betisnya. 


Mangsa kemudian rebah dan tidak bergerak namun dibiarkan sebelum dibawa mendapatkan rawatan selepas enam jam.

"Malangnya, dia meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan susulan laporan dibuat terhadap mereka oleh pihak hospital," kata laporan itu. 

Bukan itu sahaja, bapa mangsa juga pernah menekap sudu yang dipanaskan pada tangan tangan mangsa kerana mencuri susu tepung untuk dimakan. 

Semakin zalim, mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya. 

Kedua-dua tertuduh kini menghadapi hukuman mati madatori atyau penjara seumur hidup. - CARI 

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 14-11-2019 08:51 AM
Masih ada melayu di singapore..bkn alif aziz je rupanya..
Quote anony-mous 14-11-2019 09:07 AM
Lega i sb budak tu meninggal. Tamat la seksaan dia. Syoknya kalau dpt hukum mak pak dia rebus sampai mati
Quote TravellingBear 14-11-2019 09:09 AM
Benang 2 minit lebih awal @Modngengade  dah bukak
Quote Boomibulat 14-11-2019 09:11 AM
TravellingBear replied at 14-11-2019 09:09 AM
Benang 2 minit lebih awal @Modngengade  dah bukak

Ye..td tgk blm ada lg..tgk skali lg ada dah..pprt btl la modngengade tu..
Quote TravellingBear 14-11-2019 09:14 AM
Boomibulat replied at 14-11-2019 08:51 AM
Masih ada melayu di singapore..bkn alif aziz je rupanya..

Ni motip ngko kan hahahahahahahhaha. Nampak nama melayu. Nengok2 bugis daaaaaa
Quote Modngengade 14-11-2019 09:16 AM
Boomibulat replied at 14-11-2019 09:11 AM
Ye..td tgk blm ada lg..tgk skali lg ada dah..pprt btl la modngengade tu..

knpa kaka boomigundu suka buka tered yg sama?
Quote Boomibulat 14-11-2019 09:19 AM
Modngengade replied at 14-11-2019 09:16 AM
knpa kaka boomigundu suka buka tered yg sama?


Sama la ..sis pun buka tred amah indon kasi baby mkn cili hijau..padahal srmalam i dah buka..
Btw beza 2 minit je..sama2 tgh copy  paste ler tu..
Quote Modngengade 14-11-2019 09:20 AM
Boomibulat replied at 14-11-2019 09:19 AM
Sama la ..sis pun buka tred amah indon kasi baby mkn cili hijau..padahal srmalam i dah buka..
B ...

the more the merrier?
Quote niena90 14-11-2019 09:34 AM
Kalau dah tahu tak suka budak2, TAK PAYAH beranak la bodoooo! Syurga tempatmu adik
Quote ikanmasin 14-11-2019 09:46 AM
spesis mak bapa tau beranak jer jaga tak nak..sedih lah dera anak sendiri
sampai meninggal bdk tu..mmg ptt mati jer mak bapa nya ni
Quote lasagnaklcc 14-11-2019 09:56 AM
Kenapa org lain dah jaga pastu dipulangkan? Family sana tu pon taknak jaga jgk ke?
Quote Supersirap 14-11-2019 10:39 AM
Jadikan perkara ini sebagai tauladan buat diri kita
Quote Kerkin 14-11-2019 11:03 AM
5 tahun menanggung derita akhirnya pergi jua ... kejamnya manusia
Quote MariaClara 14-11-2019 12:43 PM
jahatnya mak bapak dia...moga dpt hukuman setimpal....
Quote mzzenma 14-11-2019 01:11 PM
sedihnya baca berita ni.. terbayang anak2 sendiri

jahatnya parents dia.. sekejam2 manusia. dah elok duduk dgn parents angkat, dpt dekat parents kandung mati terus. Moga mak bapak neraka ni kena penyakit kritikal organ2 dalaman membusuk sikit demi sikit tersiksa sampai mampus..

moga kau bahagia di sana little one..
Quote Kurex 14-11-2019 01:20 PM
Boomibulat replied at 14-11-2019 08:51 AM
Masih ada melayu di singapore..bkn alif aziz je rupanya..

semoga boomi berkasih syg dgn modngade..
Quote missDollie 14-11-2019 01:22 PM
Speechless sampai taktau nak taip ape.. Syurga buat mu anak..
Quote missycutie 14-11-2019 01:55 PM
Bangang yang abadi... geram nye weh
Quote moks 14-11-2019 02:17 PM
Banyak jugak kes dera anak bangsa melayu kat singapore ni. Melayu kat Malaysia pon banyak jugak tp in the form of  buli di pusat tahfiz, pedofilia, sekolah asrama, incest, buang anak. Gila2...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.212216 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top