CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mata Budak 7 Tahun Disumbat Cebisan Kertas, Pengetua Kata 'Pembuli Hanya Bergurau'

14-11-2019 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3525| Komen: 14

Doktor mengeluarkan berdozen-dozen cebisan kertas dari kelopak mata kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang dipercayai menjadi mansa buli di sekolah.


Kredit foto: The Star


Menurut media tempatan seperti dipetik The Star, doktor di tanah besar China itu mendakwa ini kali pertama mereka berdepan situasi sedemikian.

Ibu mangsa, Li berkata, doktor mengambil masa empat minggu untuk mengeluarkan cebisan kertas yang tersangkut di kelopak mata anaknya.

Namun, doktor tidak dapat mengesahkan sama ada mereka berjaya mengeluarkan kesemua cebisan kertas itu.

Difahamkan, mangsa dari Yuzhou di wilayah Henan itu mengadu penglihatannya kabur pada September lalu iaitu tiga hari selepas tiga budak lelaki menghalang laluannya ketika dalam perjalanan ke kelas selepas waktu rehat.


Kredit foto: The Star


Pembuli terbabit dikatakan mengoyak kertas dari buku nota dan memasukkan cebisan kertas berkenaan ke dalam mata mangsa secara paksa, lapor Henan Television’s City Channel.

"Mereka membuka kelopak matanya secara paksa dan 'menyumbat' cebisan kertas itu ke dalam matanya," kata Li.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Wang memaklumkan tiada guru berhampiran lokasi ketika kejadian berlaku.

"Menurut pembuli terbabit, mereka mengoyakkan sebahagian kertas dari sudut buku latihan," katanya.

Wang bagaimanapun menegaskan tiga kanak-kanak lelaki itu hanya 'bergurau'.

"Kanak-kanak di usia 7 atau 8 tahun, mereka tiada niat jahat pun," katanya.

Tidak jelas sama ada ketiga-tiga pembuli dan kakitangan sekolah itu dikenakan tindakan disiplin atau tidak.



Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, mangsa dinasihatkan doktor supaya mendapatkan rawatan psikoterapi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 14-11-2019 10:44 AM
Pulauturtle toh patut masuk sekolah cina neh
Quote ell768 14-11-2019 10:54 AM
pembuli sumbat kertas dalam mata anak dia??mcm tu ke?
Quote Bedah.Cun 14-11-2019 11:16 AM
SJK Cina kat China neh berkualiti juga yea
Quote orgsepang 14-11-2019 11:23 AM
Tak faham ibu bapa budak ni, dah dua bulan kerap keluar cebisan kertas baru bawa jumpa doktor?  Masa cebisan keluar tak selidik atau atau anak dia tak nak beritahu sebab takut? Atau wartawan tulis berita tak lengkap?
Quote any42 14-11-2019 02:16 PM
bergurau kejadah mcm tu. apsal bg alasan bgurau. sbb makpak bdk2 pmbuli org kaya ke ko xbrani amik tndakan. ksiannya bdk tu msti sakit hrapnya xde effect lain smpai jd buta ke ape.
Quote Kurex 14-11-2019 02:41 PM
tak terkejut dgn kes dari tanah besar kebanggaan anak muda iaitu china
Quote cikatilia 14-11-2019 02:45 PM
mari masukkan buku dlm mata cikgu tu pula
gurau aje pon
Quote maitang 14-11-2019 02:54 PM
sesi kaunseling la jugak dekat pembuli skali, kalo takat kritik buat apo
Quote milanhawkin 14-11-2019 03:09 PM
gurau kepala hangguk ko la setan!

losing hope in humanity.
Quote MsKathryn 14-11-2019 03:44 PM
Suka hati je ckp bergurau..
Quote Kakopi 15-11-2019 07:32 AM
aduhai pengetua pun....jangan jadi pengetua la..
bergurau apa camni...

kecik-kecik dah pandai buli orang...kesian adik tu.,,kesan kena buli tu sape nak tanggung...
pengetua tu pun tak layak jadi pengetua..

geram pulak pagi2 ni..haihh
Quote Bedah.Cun 15-11-2019 09:44 AM
Seii chiifuuu niii
Quote jeligoreng 15-11-2019 09:49 AM
"Hanya bergurau" kepala hanggukmu
Quote ReginaGeorge 21-11-2019 06:45 PM
Tuntut lah ilmu sampai ke negara China

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.118726 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top