CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Boleh Kena Heart Attack Kalau Jumpa Malam,"- Terkejut 'Penampakan' Valak Dalam Kereta

14-11-2019 01:48 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6175| Komen: 22|Original author: SakuraJo

Watak hantu biarawati Valak sudah tidak asing lagi di kalangan peminat filem bergenre seram popular iaitu The Conjuring sebelum dipaparkan pula di dalam filem The Nun. 


Melihat sahaja kemunculan Valak di dalam filem sudah cukup membuatkan kita merasa seram dan meremang, apatah lagi sekiranya melihat hantu tersebut di depan mata!

Baru-baru ini seorang warganegara Singapura berkongsi momen mencemaskan di dalam hidupnya apabila dia terserempak dengan Valak di tempat letak kereta di negara jiran itu. 

Kredit foto : Facebook


Tidak gentar, lelaki yang dikenali sebagai Shah Ismail itu bertindak merakam momen tersebut dan menghampiri hantu tersebut dengan lebih dekat sebelum memuat naik video itu ke akaun Facebook miliknya.

Rupanya cuma 'car seat cover'!

Apabila menghampiri hantu tersebut, Shah Ismail sedar yang rupa-rupanya 'hantu' tersebut hanyalah 'seat cover' yang berunsurkan watak seram yang ditakuti oleh orang ramai. 


"Jika sesiap nampak wanita ini di dalam kereta pada waktu malam, jangan takut. Saya sudah tahu kebenaran disebaliknya. Ianya bukan Valak yang sebenar," tulis Shah di ruangan kapsyen video tersebut. 

"Kalau nampak dia selepas ini, ingat video ini dan anda akan okay. Cuma buat 'bodoh' dan balik (berlari/langkah besar)," tambahnya lagi secara berseloroh.

Kredit foto : Facebook

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan telah dikongsi semula lebih dari 3 ribu kali oleh pengguna Facebook. 

Ada yang mengakui mereka mungkin akan terkena sakit jantung sekiranya terserempak dengan Valak, dan ada juga yang merasakan tindakan pemilik kereta terbabit sebagai bijak bagi mengelakkan kes kecurian kereta. 

Kredit foto : Facebook

Kalau penulis maunya baling batu dekat valak tersebut. haha! Korang pula mesti lari tak cukup tanah kan? -CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 14-11-2019 02:52 PM
Klu aku bukan jantung jer.. hati limpa buah pinggang semua jamm....
Quote chicozinn 14-11-2019 02:55 PM
cam hamlau cver seat cmtu..kalu aku mau moncicit lari tgok benda alah tu..
Quote minahmanja 14-11-2019 03:15 PM
hanat btull seat cover dia... bahaya ni... boleh accident sbb terkejut..
Quote moks 14-11-2019 04:04 PM
minahmanja: hanat btull seat cover dia... bahaya ni... boleh accident sbb terkejut..


Mata dia bergerak!!!!
Quote Artemesiaa 14-11-2019 04:08 PM
Mesti topeng sambutan Halloween aritu dah beli mahal2 tak kan simpan lemari je elok sangkut kat seat jadi hiasan
Quote rospinki 14-11-2019 04:12 PM
harap hantu betul2 dtg visit dia
Quote mizruncing 14-11-2019 04:22 PM
scary kot hahahha
Quote helicornia 14-11-2019 04:29 PM
masalahnya kalau aku pasang, aku sendiri yg takut huhh
Quote niena90 14-11-2019 04:31 PM
Bongoknyaaaa! Mau terkencing2 aku nmpk Valak dlm kereta
Quote jpbstarlife 14-11-2019 05:43 PM
mmg bab! la sapa yg buh benda ni kat keta. kalau aku jumpa  kat Malaysia ni aku sumpah tuan keta tu...
Quote gummiebear 14-11-2019 07:10 PM
Agak2 laa tuan kete punn ciskek betol
Quote immaryjane 14-11-2019 07:15 PM
Nth2 tuan punye kete pn terkejut tengok kete sendiri
Quote Orix 14-11-2019 08:20 PM
helicornia replied at 14-11-2019 04:29 PM
masalahnya kalau aku pasang, aku sendiri yg takut huhh

Hhahahahahaha sama la kite
Quote Carcosa 14-11-2019 10:07 PM
Ehh?? Mata dia bergerak kah?? Meols dah ulang byk2 kali video tu
Masalahnya kalau meols yg beli, meols sundirik yg takut. Acanerrrr
Quote ninjago 15-11-2019 09:26 AM
ohmygoddd.. mesti kete tu attract setan2 dah pegi pakai seat cover camtu.

hantu nun /valak nie paling seram n ngeri!! klu nak banding kunti or pocong.
Quote thetimes 15-11-2019 09:30 AM
Lemah jantung kalau tengok malam2 ni
Quote Hizert 15-11-2019 10:00 AM
Serammm...punca semua ni.
Quote justchu 15-11-2019 11:35 AM
Apa punya vongok  


siap panjang plak hidung tu selesa ke masa tgh drive hidung tu kena kepala?
Quote any42 15-11-2019 11:47 AM
klau tpndang mlm2 ni mau xnya lari xckup tanah. klau omputeh punya hntu valak la yg mmg i rsa seram hantu lain biasa2 je. sbb lg rsa seram hntu ponti, pocong, balan2 tu semua mebi sbb mmg ad kt tmpt kita. antara nmpak xnmpak je la. hrap xkn nmpak yg real smpai bila2.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.044528 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top