CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Buat GV Enam Tahun Takkan Nak Ubah Jadi Alif?" - Nabil Jawab Bila Dibanding Dengan Alif Satar

14-11-2019 02:30 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 18293| Komen: 123|Original author: SakuraJo

Pengacara Nabil Ahmad dan kecaman rasanya tidak asing lagi. Setiap minggu mengacarakan program Gegar Vaganza 6, ada sahaja telatahnya yang dikritik.

Malah, ada pula netizen yang membandingkan Nabil dengan Alif Satar kerana Alif dikatakan lebih profesional, menjaga air muka dan sebagainya.

Bercakap tentang hal ini, Nabil berkata dia tidak tersinggung bila dia dibandingkan sedemikian rupa.


Kredit foto:

"Saya tak boleh jadi Alif dan dia tak boleh jadi saya. Itu kehebatan dan perbezaan hos masing-masing.

"Alif ada cara dia, kalau saya jadi macam dia orang akan kata saya propa.

"Saya dah buat GV selama enam tahun dan takkan tiba-tiba saya nak ubah menjadi Alif?" katanya kepada Astro Gempak.


Dia juga berkata akan teruskan 'perangai' dalam program itu dan mengikut terma yang ditetapkan.

"Alif pula kalau cuba jadi saya dan lawak tu tak sampai, apa pula kesannya pada dia?

"Jadi, masing-masing ada keunikan mengacara sesebuah rancangan dan saya akan terus buat perangai saya mengikut terma dan syarat rancangan itu sendiri," ujarnya lagi.


Nabil juga sangat terbuka dan menerima kritikan terhadapnya.

"Saya okey saja apabila ada yang mengkritik saya mengacara dan saya menghormati pendapat orang.

"Oleh kerana GV sebuah rancangan televisyen, masing-masing ada pendapat dan kemahuan sendiri," katanya lagi.

Apa pula pendapat anda? - CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mimi77 14-11-2019 02:32 PM
nabil is nabil...x perlu nk banding dgn alif...cuma nabil.....cuba la kurangkan lawak yg kdg2 tu B
Quote RumiMenari 14-11-2019 02:33 PM
Sapo suro ko berubah jadi Alif..suro Alif ganti ko terus je..tu pun ko x faham..ke buat2 x faham..
Quote buragazz 14-11-2019 02:34 PM
Aku selama ni ok jer dengan mamat ni tapi since Tin Yah datang tu aku mula menyampah dengan dua2.. tak sepatutnya dia push the situation.. tapi secara Husnuzon nya maybe diorang ikut cakap penerbit... tapi aku tetap tak suka...
Quote joyahglam 14-11-2019 02:36 PM
format rancangan tu memerlukan host dia mcm tu kot. kalau tak, takkan dah sampai edisi yg ke6 masih dikekalkan.
Quote PEPPERMAN 14-11-2019 02:37 PM
I suggest dia ubah cara jadi macam AzwanAli, mencarut tanpa batasan
Quote umbut 14-11-2019 02:39 PM
Go go nabil

Pedulikan haters
Quote Noraniza_Iblis 14-11-2019 02:40 PM
bg aku best laa die mengacara GV..
lawak die tu, mmg masuk air..
jenis menganjing spontan..
kalau ko nak skema je..
g layan mentor tu la heh..
tgk kak  kepomm mengulat2 kt stu..zizikk ehhh
Quote Biabetik 14-11-2019 02:44 PM
Paling x suka time dia mencelah bila juri nk bg komen. Nk melawak pun tunggu org abis bercakap dulu. Lain2... Amaaan.... Bak kata bunda hetty
Quote Kurex 14-11-2019 02:46 PM
atau hentikan kejap gv ni 5 tahun.. pun ok jugak.. sian nabil, takpe, kurex tetap meminatimu..
Quote MadameOnion 14-11-2019 02:46 PM
ok je..tapi kurangkan menganjing org je..kekadang lawak jugak nabil dgn jihan ni..yang penting depa boleh menjinakkan tokram muka ketat
Quote Telolet 14-11-2019 02:51 PM
Kurex replied at 14-11-2019 01:46 PM
atau hentikan kejap gv ni 5 tahun.. pun ok jugak.. sian nabil, takpe, kurex tetap meminatimu..

oooo nabil pon taste jugak eh. tapi setuju gak, hentikan kejap baru orang ternanti2.
Quote AnBulisia 14-11-2019 02:52 PM
diorang yang menghidupkan acara
takde diorang akan hambar
percayalah
Quote Orix 14-11-2019 02:54 PM
iols ok je dgan dia sbg host gv.... plg x blah ms dia nyanyi lagu Bagaikan Sakti dgan slang jowo
Quote ira_229 14-11-2019 02:59 PM
Bukan tak boleh melawak tapi janganlah jatuhkan airmuka orang...
sampaikan suruh check mak hady ada affair dgn tokram la..
sampaikn mintak tips mcm mana nak beranak dgn tokmal la..mungkin tokram boleh terima tapi wife dia? jatuhkan airmuka orang dikhalayak ramai..
cuba creative sikit nak melawak jgn buat lawak bodoh lah tokram tu bukan budak2 yg nak gurau kasar mcm tu...kalau setakat lawak sampah baik tak payah..mmg tiap minggu meluat dgn mamat ni..
Quote mawarika 14-11-2019 03:07 PM
PEPPERMAN replied at 14-11-2019 02:37 PM
I suggest dia ubah cara jadi macam AzwanAli, mencarut tanpa batasan

Sokong brada!
Quote Kurex 14-11-2019 03:21 PM
Telolet replied at 14-11-2019 02:51 PM
oooo nabil pon taste jugak eh. tapi setuju gak, hentikan kejap baru orang ternanti2.

dah tengok dah nabil depan2.. helok jugak
Quote Melorqe 14-11-2019 03:27 PM
Noraniza_Iblis replied at 14-11-2019 02:40 PM
bg aku best laa die mengacara GV..
lawak die tu, mmg masuk air..
jenis menganjing spontan..

dulu aku meluat juga dgn lawak bodo nabil
tapi sekrang aku dah boleh terima lawak sinis dia
aku rasa diaorang pun mesti dah rehersal sblm hari kejadian
mesti dia pun tahu limit nak melawak dgn tok ram.
pasal tin yah tu aku pun rasa penerbit yg suruh, tapi baik tak payah la buat mcm ni next time.

Quote cicicumel 14-11-2019 03:46 PM
Aliff? ew boringg.. utk award skema boleh lah
Quote zie_indah 14-11-2019 04:00 PM
Nabil n jihan OK ja gurau2 ngn tokram sbb tokram pun sama ja 2x5  but wktu time tinyah dtg X sptut depa buat mcm tu sbb mybe tinyah xbiasa lawak2 mcm tu hndk lagi live kan... Baguslah tinyah balik awal klo x spnjag2 di bahankan

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.340425 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top