Tersenarai antara penyanyi senior yang masih berbisa, Ziana Zain adalah fenomena di era 90an dan awal 2000. Namun, di saat ini, kerjayanya jadi caca marba. Tetap sebagai penyanyi, kemudian menjadi duta produk OEM dan seterusnya berlakon pula. Seakan tiada satu pun yang begitu melekat di ingatan peminat untuk bakat seni sehebatnya. Itulah yang diutarakan oleh peminat penyanyi yang popular dengan lagu-lagu bernada tinggi ini. Mengkritik bukan kerana faktor umurnya yang sudah mencecah abad atau suaranya sudah tidak seperti dahulu tetapi peminat menagihkan karya nyanyian terbaru darinya. Takkan itu pun tak boleh?
Menurut Ig Kak Bedah Tonggek, sudah 10 tahun Ziana menjelaskan dalam mana-mana temuramah bahawa dia sedang mencari material baru tetapi sampai sekarang, tiada pun album tersebut hatta 'single' sekalipun. "Ziana Zain dah 11 tahun takde hits single, 17 tahun takde konsert solo, 18 tahun takda album solo, 20 tahun tak lead mana-mana box office film. Banyaknya lopong dalam karier akak." - Sepitsiput Menurut mereka lagi, sedangkan artis sezaman Ziana sendiri seperti Aisyah, Sheila Majid dan Ramlah Ram mempunyai karya terbaru. Jika Ziana masih dengan lagu "Sekebun cinta..." peminat pun jemu. Lebih dasyat, ada yang mencadangkan Ziana menyertai pertandingan Gegar Vaganza kerana lagenda Aisyah sendiri pernah menyertainya. Tiada salah pun kerana GV bukan sekadar 'comeback' tetapi untuk menunjukkan kehebatan menyanyi. Ada pula yang menyatakan kekesalan kerana Ziana tidak sehebat Siti Nurhaliza sekarang. Malahan, peminat Ziana sendiri tidak merestui pembabitannya dalam lakonan yang biasa-biasa sahaja. Mereka lebih mendambakan lagu baru. Wah! Kritikan bermanfaat sebenarnya, mungkin pengurusan Ziana Zain perlu mendengar komen sebegini untuk kelangsungan kerjanya kerana Ziana Zain masih antara penyanyi yang ditunggu-tunggu kemunculannya.- CARI |
lasagna replied at 15-11-2019 11:52 AM
i ada dgr2 cerita.. sbrnya lagu dah siap, sheol masih tak ready nk release kan..
ala2 tak move on ...
ADVERTISEMENT