CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Salji Dalam Rumah" - Ini 10 Fakta Menarik Tentang Rumah Orang Terkaya Di Asia!

24-12-2019 11:00 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 18761| Komen: 66|Original author: Pink Lily

Kredit foto: India Today
Bermula tahun 2018, Forbes telah menyenaraikan taikun India, Mukesh Ambani sebagai orang terkaya di India, sekaligus di Asia. Ambani merupakan CEO kepada syarikat minyak dan gas, Reliance Industries yang merupakan antara syarikat paling bernilai di India. 

Setakat hari ini, nilai Ambani mencecah USD55.9 billion, mengatasi Jack Ma. 

Keluarga Ambani. Kredit foto: Hindustan Times

Pernah terbayang bagaimana agaknya kediaman orang terkaya Asia ini? Berikut 10 fakta menarik tentang Antilia- rumah Mukesh Ambani yang dinilaikan sebagai rumah kedua termahal dunia selepas Istana Buckingham.

1) Misteri Antilia 

Kredit foto: Vanity Fair
Antilia dinamakan bersempena sebuah pulau misteri, Pulau Antillia yang dikatakan terletak di Lautan Antlantik. 

2) Memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk diuruskan

Kredit foto: India Today
Kredit foto: India Today
Kredit foto: India Today
Terletak di kawasan kediaman termahal di India iaitu di Altamount Road, Antilia yang berketinggian 570 kaki dengan 27 tingkat merupakan kediaman kepada Mukesh Ambani, ibu, isteri dan tiga anaknya. Ia turut menempatkan 600 orang staf yang ditugaskan untuk menguruskan kediaman itu. 

3) Bangunan tahan lasak dengan pemandangan semulajadi yang indah

Kredit foto: Quora
Bangunan itu mempunyai 3 landasan helikopter, dengan pemandangan indah langit biru Mumbai dan Laut Arab. Antilia mampu bertahan menghadapi gempa bumi bersaiz sehingga 8 pada skala Ritcher.

4) Mempunyai garaj khas untuk koleksi kenderaan mewah 

Kredit fotoi: Newsheads
Ambani yang merupakan peminat tegar kenderaan mewah memperuntukkan satu tingkat hanya untuk kereta-kereta mewahnya. Ruang ini dikatakan mampu menempatkan 168 buah kereta dan terdapat juga stesyen servis kereta di tingkat 7. 

5) Lif berbeza untuk kegunaan berbeza

Kredit foto: News Heads
Terdapat 9 lif yang direka untuk membawa pengguna ke tingkat-tingkat tertentu. 

6) Pelbagai kemudahan dan pusat rekreasi

Kredit foto: India Today
Pusat rekreasi Antilia dibahagi kepada dua tingkat. Antara yang menarik ialah pusat yoga, studio menari, jakuzi, spa kesihatan dan beberapa kolam renang. 

7) Ruang santai dan hiburan persendirian

Kredit foto: India Today
Antilia juga dilengkapi dengan ruang makan ais krim, ruang teater persendirian yang memuatkan 50 orang pada satu masa dan salon. 

8) Salji dalam rumah

Kredit foto: Comedy Flavors
Rumah Ambani ini turut memiliki ciri unik dalam menangani kepanasan cuaca Mumbai. Ia mempunyai 'bilik ais', di mana dindingnya akan mengeluarkan salji buatan manusia!

9) Ruang laman dan tempat sembahyang

Kredit foto: Vanity Fair
Halaman terbuka 4 tingkat di Antilia turut menempatkan sebuah atrium, dan dilitupi dengan laman menghijau, bunga-bungaan dan taman. Terdapat juga kuil yang besar di sini. 

10) Perincian mewah 

         
Kredit foto: Vanity Fair
Siling dewan menari 80% dipenuhi dengan lampu 'chandelier' kristal, manakala setiap tingkat dibuat dengan seni reka dan material yang berbeza. - CARI 
20

Bagus
15

Marah
21

Terkejut
15

Sedih
16

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 24-12-2019 11:09 AM
ada 600 staff..dh mcm hotel pulak
Quote najib888 24-12-2019 11:13 AM
Rumah mewah dikelilingi flat PPRT ...
Quote aiva 24-12-2019 11:25 AM
risau kalau ada anak anak kecil
bole jatuh kot
Quote jpbstarlife 24-12-2019 11:32 AM
staff lg ramai dari tuan... beso nau rmhnya..
Quote kikuri 24-12-2019 11:38 AM
silap2 boleh sesat kat rumah sendiri
Quote any42 24-12-2019 12:06 PM
besarnya. staff pun beratus. klau i rsa mcm lke smething mssing mcm xfeel like home gtu. tp org tlebih duit gni agaknya klau dpt planet sndri pun lg suka.
Quote fliphair8 24-12-2019 12:25 PM
tak penah rasa jeles ngan orang berumah besar, tapi hakak jeles pada mereka yg bercucuk tanam

semoga suatu hari nanti impian hakak living tiny on couple of acres of land tercapai...
Quote elzy 24-12-2019 01:31 PM
Wow tak payah keluar rumah, satu hari pun belum tentu habis pusing..
Quote adeqbun 24-12-2019 02:15 PM
ai klau kayo raya tahap trilion lg suke konsep rumah yg mcm tepi2 tasik..ade padang..ade ladang..ade secret garden...yg besar kawasan...bkn mcm kondo mewah cenggini..ni kalau ai la..rumah die sukati die la kan..
tp ai tgk org india kayo2 pon ingat gak nak buat kawasan khas utk upacara agama..yg islam2 ni ramai melalut bile kaye..xsemua..kebanyakan la..
Quote Beribear 24-12-2019 02:24 PM
Takutlah rumah tinggi2. Tp mesti org kata rumah bawah pon kalau nak jd jd jugak bencana kan. Mcm kat palu tu tanah bergulung. Tp mesti ada sbb la kan knp sebenarnya tak boleh buat rumah tinggi2 ni. Eii seram tengok. Highway suke pon tinggi jugak.
Quote evlinne 24-12-2019 02:31 PM
najib888 replied at 24-12-2019 11:13 AM
Rumah mewah dikelilingi flat PPRT ...

Betul
Tak selera duk kawasan ni
Patutnya dia bina tepi gunung2 cantik ke tasik ke
Rumah dah cun dah
Quote Artemesiaa 24-12-2019 04:12 PM
Berita dah pernah ada di thread peristiwa dunia
Quote orgsepang 24-12-2019 05:39 PM
Simpati pada orang2 miskin disekitarnya dan pada akak tak cantik tapi melampau cara menunjuk-nunjuk kekayaannya
Yang baiknya ramai orang berpeluang dapat kerja hanya untuk rumah itu sahaja.
Quote armin 24-12-2019 08:27 PM
adeqbun: ai klau kayo raya tahap trilion lg suke konsep rumah yg mcm tepi2 tasik..ade padang..ade ladang..ade secret garden...yg besar kawasan...bkn mcm kondo  ...

Confirm heols ada rumah tepi tasik tepi pantai bagai. Macam holiday mansion gitu
Quote Ladybird910 24-12-2019 10:05 PM
Ni br betul2 kaya..istri pon br sorg..yg xbpe kaya tu..hmmm...mls nk smbg taip..
Quote nipskacang 24-12-2019 11:03 PM
Fuyoo ni kalau nk cari anak duk tingkat brpe kene whatsapp je la kot,  luas nauuu
Quote i_is_kennot 25-12-2019 02:35 AM
Last meols baca,  taikun India buat majlis kahwin anak dia jemput Whitney ke Kylie Minogue nyanyi.. Belum acara2 lain.. . Kaya wehhh
Quote apedehal 25-12-2019 03:09 AM
REzeki dia..dia penat2 perah otak cari rejeki itula cara nk lavish diri sndiri.. aku kalau diberi pilihan nk hidup secara minimalis ja..nk travel around da world n tayah pikir pasal kerja..hagitew impianku.ade korg kesah
Quote kimbora 25-12-2019 03:25 AM
Seronok hidup jadi orang kaya, rumah pun cantik. Eh aku syukur je hidup skrg walau tengah struggle cari keje

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.047441 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top