Cleopatra a.k. Datin Cleo yang sebelum ini terpalit isu disangka dirinya seorang pondan ketika mengadakan lawatan kerja ke pejabat YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan.
Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana dan pernah menceburi dunia lakonan menggunakan nama samaran Anna Dean juga pernah membintangi drama Dunia Generasi Baru pada suatu ketika dahulu. Dia juga pernah menggegarkan dunia hiburan apabila kisah perkahwinan dan majlis persandingannya yang gilang gemilang bersama seorang jutawan Forex, Datuk Mohd Nasir Yaakob. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata dan kemudiannya bercerai beberapa tahun kemudian. Kredit foto : Google Image Kini, Anna Dean lebih dikenali sebagai Cleopatra di laman instagram dan mendapat perhatian setelah desas desus mengenai penglibatannya dalam dunia politik. Namun, kecoh pula di media sosial harini apabila bekas suaminya iaitu Datuk Mohd Nasir Yaakob telah memuat naik sebuah posting di Facebook yang mendedahkan perihal kehidupan sebenar ibu tunggal beranak dua ini. Bekas suami Cleopatra itu dikatakan memuat naik post tersebut kerana tidak tahan dihujani fitnah daripada bekas isterinya. Pernah suatu ketika dahulu, muncul berita tidak sahih mengatakan Datuk Mohd Nasir tergamak menceraikan isteri beliau yang baru bersalin semata-mata ingin bersama Datin Cleo. Kredit foto : Instagram Ternyata pernyataan ini sangat berat jika ianya semata-mata tuduhan liar dilemparkan terhadap Datin Cleo. Ianya mungkin menjatuhkan maruah sama sekali dengan karier wanita tersebut. Namun, tidak pula dinyatakan apa jenis fitnah yang telah dilemparkan Cleo kepada Datuk Nasir sehinggakan beliau terpaksa memuat naik pernyataan tersebut di media sosial. - CARI Sumber: Facebook |
sekel replied at 15-11-2019 02:40 PM
TAK HENSEM TAP APA
JANJI BANYAK DUIT
Claire96 replied at 15-11-2019 03:02 PM
sesuatu sangatzzzz.
btw, camna nak follow thread eh? sis masih noob so sis dok bukak thread satu2 ...
ADVERTISEMENT