CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Semua Salah Suami, Elvina Tak Menyesal Kongsi Masalah Rumah Tangga

19-11-2019 10:16 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 5858| Komen: 18|Original author: Oleh: ameenarara

Terpalit dengan isu rumah tangga yang pernah melanda hidupnya dan suami, Datin Elvina Mohamad tidak sedikit pun menyesal apabila hal rumah tangga menjadi perhatian.

Kemelut itu diketahui apabila Elvina berkongsi luahannya diganggu orang ketiga yang merupakan ejen insuran cuba menggoda suaminya, Mohd Haniff Borhan.



Foto: Instagram Elvina

Memandangkan perkara itu telah pun selesai dengan baik, Elvina dan suami ketika ditemu bual Berita Harian sudah lama membuka lembaran baru dalam hidup mereka bersama anak tercinta.

Mereka tidak mahu lagi mengingati peristiwa hitam tersebut dan situasi itu sebenarnya menguatkan lagi hubungan cinta mereka.



Tambahnya lagi, dia tidak meletakkan segala masalah tersebut di bahu suami sepenuhnya dan mengakui dirinya juga membuat kesilapan.

Disebabkan apa yang telah terjadi, dia menjadi seorang yang berhati-hati dengan orang disekeliling dan tidak memberikan sepenuh kepercayaan lagi.



Elvina berkata dia masih mendapat tempat dalam industri walaupun dirinya boleh sahaja duduk di rumah menguruskan anak. Dia juga tidak dapat berehat lama selepas bersalin kerana tidak menyangka masih mendapat tawaran lakonan.

Dia tidak mahu menolak rezeki yang datang dan menegaskan dia berlakon bukan semata-mata kerana wang.


Jaga rumah tangga baik-baik selepas ini. Harap Elvina semakin bahagia dengan kehidupan baru bersama suaminya. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanamyrarosli 19-11-2019 10:27 AM
"Elvina berkata dia masih mendapat tempat dalam industri walaupun dirinya boleh sahaja duduk di rumah menguruskan anak. " - dengan kata lain see my level lah gitu?
Quote manehnya 19-11-2019 10:33 AM
lawa dik vina ni, suka tgk blakon dlm citer istrik utk diiktiraf,

klu lakinya buat hal lg, mmg x reti nk syukorla, dpt bini cantik anak lawa
Quote fliphair8 19-11-2019 10:34 AM
lawa pun takde gerenti yer.....
Quote doubleA 19-11-2019 10:38 AM
bini cantik anak comel nak apa lagi la laki tu kalau buat perangai lagi
Quote munchkin 19-11-2019 10:42 AM
Kenapa pulak kesilapan dari dirinya. You tak salah dik vina. Jangan sesekali menyalahkan dirimu.
Quote syakuntala 19-11-2019 10:57 AM
comey, berlakon pun pandai
Quote coco 19-11-2019 11:00 AM
manehnya replied at 19-11-2019 10:33 AM
lawa dik vina ni, suka tgk blakon dlm citer istrik utk diiktiraf,

klu lakinya buat hal lg, mmg x  ...

agaknya sebab laki dia pun sedar diri tak hensem tapi vina masih nak... so dia pun terasa mesti nak kan duit aku ni... hahahaha
Quote keknaih 19-11-2019 11:46 AM
coco replied at 19-11-2019 11:00 AM
agaknya sebab laki dia pun sedar diri tak hensem tapi vina masih nak... so dia pun terasa mesti na ...

hahaha betul ckp uols
Quote lasagna 19-11-2019 11:48 AM
hehe.. dia pun tak cite apa salah dia jugak time tu..
dan apa sbb musabab ppuan tu kacau asben dia. xpe lah doa yg baik2 sajork utk dia.
Quote razeadel 19-11-2019 12:09 PM
menjadi je jadi watak jahat dalam demi rindumu ngn janna n sean..
rase nk sekeh sekeh je kepala
Quote bottombikini 19-11-2019 12:27 PM
bagus la kalau sedar diri
kadang2 dok nak menyalahkan pihak ketiga tapi molot sendiri tak berjaga bila berkata
Quote Kerkin 19-11-2019 12:29 PM
Aduhai cakap mendabik dada sungguh... suci bebenor yaaa... hmmmm
Quote meow_tompok 19-11-2019 12:29 PM
Dia tidak mahu menolak rezeki yang datang dan menegaskan dia berlakon bukan semata-mata kerana wang.


bolehlah produser bayar murah-murah jer

Quote jargon 19-11-2019 01:09 PM
Si intan najuwa ni sama spesis gn si azlina ni..cuma laki azline ni muda dan helok skettt je dr tunang intan yg dah kertu pakcik2
Quote buapakperut 19-11-2019 01:16 PM
Tempat di industri apa nye...  Duk umah sambil mencapub
Quote Pamelaloba 19-11-2019 08:52 PM
Ramai sangat pelakon la sampai iols tak kenal. Ni kalau jumpa tepi jalan pun iols ingat netizen je sheols ni
Quote anony-mous 19-11-2019 09:13 PM
Sheols ni punya la lawa , berbakat tp kahwin awal pulak. Laki sheol nampak mcm kaya jugak walaupon rupa nan hado
Quote MayaDelaRosa 20-11-2019 02:05 PM
Mmg lawa la elvina ni{:iwant

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.241670 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top