CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Mampu Lagi Bergelek, M Daud Kilau Lupakan Dunia Hiburan

18-11-2019 12:23 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 14269| Komen: 45|Original author: Oleh: Saiful

Dah sampai masanya untuk melupakan dunia hiburan. Itu kata penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau.

Keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan yang dialaminya. Difahamkan, dia sudah tidak larat berdiri, apatah lagi bergelek di atas pentas.



Kredit foto: Malaysia Gazette

Sejak mengalami komplikasi membuang air kecil pada 2016, kesihatan penyanyi lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' itu semakin buruk.

"Kesihatan saya semakin teruk. Sekarang saya membuat rawatan susulan dua atau tiga minggu sekali di klinik dan hospital.

"Saya menghidap kencing manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya sakit sangat," katanya  kepada Malaysia Gazzette.



Kredit foto: Google

Beliau juga terpaksa menolak tawaran membuat persembahan di Singapura oleh kumpulan Black Dog Bone.

"Kalau datang duduk saja (di atas pentas) tak elok. Tak kan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja.

"Mereka beri duit, tambang kapal terbang, hotel, tak kan saya datang nak duduk sahaja. Jadi saya minta maaf kepada mereka yang membuat tawaran, saya tak dapat memenuhi undangan mereka kerana masalah kesihatan yang saya alami," tambahnya.


Kredit foto: Malaysia Gazette

Katanya, jika rindu pada peminat, dia akan menatap koleksi baju labuci yang disimpan dengan rapi.

"Saya hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya.

"Saya bersyukur sampai sekarang Allah memberi nafas kepada saya."

Doakanlah kesihatan untuk M Daud Kilau. Lagu-lagunya sentiasa malar sepanjang zaman. - CARI
2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 18-11-2019 12:33 PM


mek baca thread dato sambil otak terbayang2 lagu gile judi tuh
Quote cikatilia 18-11-2019 12:35 PM
for 81 years old dia kira masih sihat

org ada baru 50 pon terketar2 jalan pon xlarat
Quote sarah82 18-11-2019 12:41 PM
Aku suka gila cik Mek molek.. Semoga Dato M Daud kilau dipermudahkan segala urusan.
Quote Kurex 18-11-2019 12:44 PM
sihat lagi..
Quote chicozinn 18-11-2019 12:54 PM
mak aih, dari riak muka da nampak da muka uzur..tapi memang org2 tua kalu da tua muka seakan2 sama ea?aku tgok muka si tun M n dato mat kilau ni cm serupa lak..hehehhehe
Quote Perawankota 18-11-2019 12:54 PM
Alhamdulillah dia masih boleh berdiri, berjalan..
Quote epal21 18-11-2019 12:58 PM
Kesian pulak tengok dato' m daud kilau sekarang. Semoga diberikan kesihatan yg baik& dirahmati Allah selalu.
Quote misuke 18-11-2019 12:59 PM
sedih tgk gambaq dia.. nampak berumur sungguh

Quote mieymiey 18-11-2019 12:59 PM
Semoga dipermudahkan semuanya buat atok.
Quote Kerkin 18-11-2019 01:16 PM
Moga dipermudahkan urusan dato.. artis yg tak hidup penuh dgn kontrovesi tp still bertahan sampai skrg.. pasti terhibur stp persembahan beliau .
Quote kokocrunch 18-11-2019 01:51 PM
Semoga diberikan kesihatan yg baik &  dirahmati Allah selalu.
Quote sleepandream 18-11-2019 02:14 PM
harap heols tak duduk rumah je...
selalu la jalan2 keluar exercise otot...
teringat masa heols datang AF gelek dengan zahid dulu2
Quote caprut 18-11-2019 02:23 PM
chicozinn replied at 18-11-2019 12:54 PM
mak aih, dari riak muka da nampak da muka uzur..tapi memang org2 tua kalu da tua muka seakan2 sama e ...

Muke manusia seakan srupa utk kbykan pd masa lahir, baby dan ujung usia
Quote diss69 18-11-2019 02:25 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan dato, dpt lagi bersama keluarga trsyng..
Quote farlis 18-11-2019 02:44 PM
Lejen bagan datuk ni... Semuga datuk sentiasa sihat di hujung usia.. I pernah dgr, dia ckp if dia meninggal, di x nak dah lagu2 dia diputarkan.. Kalau teringatkan dia, sedekahkan ayat2 suci alquran
Quote noell 18-11-2019 02:48 PM
chicozinn replied at 18-11-2019 12:54 PM
mak aih, dari riak muka da nampak da muka uzur..tapi memang org2 tua kalu da tua muka seakan2 sama e ...

awat mat kilau plak sis??mat kilau dah lama arwah for sure dia tak pandai gelek dia pandai main keris & silat jer sis nih daud kilau sis
Quote chicozinn 18-11-2019 03:44 PM
noell replied at 18-11-2019 02:48 PM
awat mat kilau plak sis??mat kilau dah lama arwah for sure dia tak pandai gelek dia pandai main ke ...

ahahahahahahhahahahaha..adoyai bongoknye salah nama ni..
Quote Pink_Purple 18-11-2019 03:58 PM
moga dipermudahkan urusan di hari tua..
Quote MsCinderella 18-11-2019 04:03 PM
t-shirt dia pakai mcm t-shirt arwah ayah aku lak,....alahai teringat lak

ok dato..rehat la...legasi dato ttp kami ingat,,.tak ada sapa leh challenge dato...nnt datang saja tgk show..leh jumpa kawan2 lama..tu pun salah satu terapi gak....

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.347636 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top