Walaupun cuma seorang abang tiri yang baru berusia 19 tahun, itu tidak menjadikan ia alasan untuk terus mengambil berat dan tanggungjawab terhadap dua adik perempuannya.
Selepas kematian ibu bapa mereka, Mohamad Syahadam Abdul Talib tetap meneruskan amanah menjadi ketua keluarga meskipun serba kekurangan. Dia kini menjaga kedua-dua adik tirinyanya, Siti Noraini Ahmad, 14 dan Siti Norazniza, 9 dan menganggap mereka sebagai adik kandung sendiri. “Sebelum ini setiap hari, saya yang menghantar dan mengambil adik di sekolah, tetapi kini Siti Noraini sudah tinggal di asrama. “Saya terharu apabila kedaifan hidup kami tiga beradik mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk sudah ada yang memberi sumbangan,” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, mereka hidup daif di Kampung Mentara Lama di Gua Musang selepas kematian bapa, Ahmad Yaacob, 48 enam bulan lalu akibat sakit jantung. Tidak lama kemudian, ibu mereka, Rubiah Zakaria, 38 juga meninggal dunia tiga bulan lalu kerana kencing manis. "Mohamad Syahadam hanya bekerja sebagai buruh ladang sawit dan hanya memperoleh pendapatan RM700 sebulan. "Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 014-7957784 atau akaun Bank Simpanan Nasional, 1012 1410 0006 1514 atas nama Mohamad Syahadam Abdul Talib Mohd Kasim," lapor akhbar itu lagi. - CARI
|
abadi84 replied at 18-11-2019 06:25 PM
Adik mulianya hatimu
Kau 10 kali.lebih baik dr sohaimi.saad si bumi rata
noell replied at 18-11-2019 06:39 PM
sis kalo sebut nama tuh kena tag @dino pasai dino chairman kelab sohai flat earth
dino replied at 18-11-2019 06:45 PM
ko sbut ni menyirap tgk mangkuk tu menipu org bukak tabung bagai.. keje malas
noell replied at 18-11-2019 06:50 PM
kan i dah kata @abadi84 sepanrtas kilat dia masuk menghencap mcm naik sheh keluar saka2 marah semu ...
ADVERTISEMENT