Selepas filem Crazy Rich Asians dan A Simple Favor, bintang Hollywood kelahiran Sarawak, Henry Golding, 32, sekali lagi tampil di panggung wayang minggu ini menerusi filem terbarunya Last Christmas.
Dalam filem itu, Henry memegang watak romantik berpasangan dengan pelakon Emilia Clarke, 33. Turut membintangi filem itu termasuklah pelakon Malaysia, Michelle Yeoh dan pemenang Oscar, Emma Thompson. Bagaimanapun, impak filem terbaru Henry ini berlainan daripada filem-filem terdahulu kerana semakin ramai wanita yang memuja paras rupanya. Terdahulu, portal hiburan terkenal Buzzfeed memaparkan sebuah artikel yang menggambarkan ketaasuban penulis terhadapnya bertajuk 'Henry Golding Is So Handsome It Hurts'. Selain itu, Henry juga berjaya tersenarai dalam acara tahunan majalah People, Sexiest Man Alive. Walaupun tewas di tangan penyanyi John Legend, Henry diberikan gelaran Sexiest Funky Fashion Sense kerana gaya pakaiannya yang sering menjadi perhatian. Pengaruh Henry tidak terhad dari sudut fesyen sahaja. Majalah berpengaruh Time turut menyenaraikan Henry dalam senarai Time Next 100 kerana dikatakan antara bintang yang mempunyai potensi besar. Pengaruh Henry dan Last Christmas itu boleh dilihat melalui status peminat barunya di Twitter yang tidak segan-silu menyatakan pujian. Berikutan meningkatnya pengaruh Henry di dunia Hollywood, penulis Ann Lee dalam artikelnya di The Guardian berkata Henry ialah antara pelakon yang berjaya mengubah persepsi penonton dan penggiat seni Barat terhadap lelaki Asia. Dahulunya, pelakon lelaki berketurunan Asia sering diberikan watak picisan bodoh, nerd, lurus bendul atau sekadar pakar mempertahankan diri, tetapi Henry mengetepikan semua watak stereotaip itu dan berjaya memegang watak lelaki tampan dan rebutan heroin dalam kesemua filem lakonannya. Persoalannya, sejauh manakah pengaruh Henry Golding ini akan bertahan? Umum tahu selepas watak ketua gengster dalam filem The Gentlemen, Henry akan tampil sebagai watak lelaki gay dalam filem Monsoon. Dengan watak-watak hitam ini, adakah bintangnya akan kekal bersinar atau adakah ini akan mengubah trajektori pandangan wanita terhadap beliau? - CARI
|
tagas replied at 19-11-2019 11:16 AM
ada tahik lalat besar kat dada kan mamat nih
mimiekiut replied at 19-11-2019 10:59 AM
iols minat henry golding masa dia mula2 jadi pengacara kt tv7 ke tv8 dulu2...x sangka akhirnya berja ...
prizadane replied at 19-11-2019 11:24 AM
Quickie 8tv kan? Kekeke..iols pun suka dia masa tu
Fettybombom replied at 19-11-2019 11:22 AM
Ape lagi hero2 malaysia yg lain, kalo henry boleh korg pun kene try... Pedulikan org kate katek ke j ...
ADVERTISEMENT