CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Terpaksa Utamakan Fan Club" - Peminat Kecewa Tak Dapat Bergambar Dengan Naqiu

19-11-2019 10:50 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 25015| Komen: 186|Original author: Oleh: intan

Naqiu Boboy yang semakin hari semakin mendunia setelah menyertai program realiti TV, Gegar Vaganza 2019 mengakui berasa sedikit terkesan dengan komen netizen mengenai sikapnya yang lebih mendahulukan ahli kelab peminatnya, Naqiurious ketika sesi bergambar baru-baru ini. 


Merasakan tindakan beliau itu betul, dia bagaimanapun tidak menyalahkan netizen yang mengecamnya kerana tidak mengendahkan beberapa peminat yang menunggu lama semata-mata untuk bergambar dengannya.



Jelasnya, dia terpaksa mendahulukan ahli kelab peminat terlebih dahulu kerana mereka mengeluarkan sejumlah wang untuk menyertai sesi bergambar yang dianjurkan pada malam konsert minggu ketiga baru-baru ini.


"Ianya berlaku pada 2 minggu lepas, memang ada sesi bertemu peminat di tempat meletak kereta dan memang event itu kami yang anjurkan. Ahli kelab peminat itu semua berdaftar dan mempunyai 'membership card' dengan pihak pengurusan,"

"Yang menjadi isu apabila selepas selesai sidang media, saya mendahulukan ahli fan club terlebih dahulu. Dah hujung-hujung saya pun penat, kemudian ada fans lain minta untuk bergambar,"

"Jujur saya tak reject mereka semua, ketika saya berjalan menuju ke tempat meletak kereta untuk berjumpa dengan Naqiurious, saya masih sempat melayan mereka (yang tidak berdaftar). Tetapi, ada juga yang tak sempat. Masa itu pihak pengurusan pun ditegur dengan pengawal keselamatan kerana parking sudah hendak ditutup," katanya kepada mStar Online.


Kredit foto : mStar Online

Naqiu juga berkata dia tidak menyangka individu tersebut bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya. Malah, dia juga mengenali rapat individu tersebut di Instagram. 

Mengakui sudah mengenali lama individu tersebut, Beliau tidak mahu memperbesarkan hal tersebut dan menyerahkan kepada pihak pengurusan.


Kredit foto : mStar online


"Sebagai langkah mempertahankan diri, saya tampil untuk memperjelaskan mengenai isu ini dan mengakui tidak dapat memuaskan hati semua peminat dan terpaksa dahulukan fan club kerana mereka ini sanggup membeli apa sahaja cenderahati yang dikeluarkan pihak pengurusan."

Kemelut ini menurutnya semakin reda kerana Naqiu telah menerima permohonan maaf dan beliau juga ingin memohon maaf kepada individu tersebut dan akan cuba mengelak daripada kejadian sama berulang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tukul.Besi 19-11-2019 10:56 AM
D*raf d*as and the geng lettewwe
Quote pia250110 19-11-2019 11:04 AM
kebulurnye deme nak bergambor dgn retis..huhuhuhu
Quote AshkieLa 19-11-2019 11:06 AM
Edited by AshkieLa at 19-11-2019 11:10 AM

mujur laa takde retis Msia yg mendonia seantero alam...
baru GV je pun dah haywire siap utamakan mana yg bayor keahlian je pulak...
yang nak bergambar pun gedik nau.. dah tengah2 malam.. balik aaaa...
takde life betul nak kejar sampai mcm gitu sekali...
Quote Boomibulat 19-11-2019 11:07 AM
Gedik je nmpk pompuan2 tu..pprt sgt
Quote Kurex 19-11-2019 11:09 AM
kosserrr la nak tangkap gambar dgn retis......   
Quote electricopop 19-11-2019 11:09 AM
Mesti geng akak akak kepammm. LOL.
Quote misz_sha86 19-11-2019 11:21 AM
aku amy search mkn kt cafe idcc shah alam ni pun, aku xd nk beramek gmbr, tgk jer la dr jauh, tu pun dh cukup bagus.
Quote fliphair8 19-11-2019 11:28 AM
sape ni?         
Quote jijilaaa 19-11-2019 11:32 AM
nasib la ak spesis x koser amek gambar dgn retis. kita respect privasi time dia. setakat tgk dari jauh, dapat tau oooo camni ghuper dia kat real life..

Quote lonso 19-11-2019 11:35 AM
Dhlh naqiu..toksah layan..
Quote talapia 19-11-2019 11:38 AM
mujur budak ni ada pendirian.. and tegas.. pndai menjawab. Ada aku tgk interview dia.. dia jawab dia tengah bekerja.. Ye.. menyanyi tu keje dia..  life n kerjaya pon ada batas. macam kita jugak ada office hour bagai
Quote Duta lover 19-11-2019 11:39 AM
Aku x kisah kalau fans lain yg meroyan.
Tp disebabkan ni mmg ns impit artis ...yg da lama di kenali kat forum cari.
..mmg terasa geli ya.puhless xyah mintak maaf kat media camni..nanti makin beso kepala..org2 mcm ni sbenarnya "sakit" n "istimewa" yach
Quote wordlife 19-11-2019 11:40 AM
diraf kan? heshe mmg kenal lama dgn naqiu tu yang bengang bila pelawaan heshe tak diendahkan. by kenal tu meols refer ig story & post theyols yang selalu berbalas comment dan story.
Quote KelisaOren 19-11-2019 11:40 AM
Iols suka jugak suara budak naqiu ni tapi kalau terserempak dgn heols rasanya tak teringin nak bergambo
Quote lonso 19-11-2019 11:50 AM
Kira buku bertemu ruaslah ni yek
Quote mieymiey 19-11-2019 11:54 AM
Hadapnya korang nak bergambar dengan retis. Siap keluarkan duit nak join FC.
Quote Knowlee 19-11-2019 11:55 AM
Omg... Tu pun nak jadi isu... Punya la...
Quote wordlife 19-11-2019 11:58 AM
kalau refer posting heshe kt fb rasanya dh ok sbb Naqiu sendiri mencemar duli masuk menghadap heshe kt comment yach, acik2 forum mampooo?

indicate that Naqiu sendiri baca forum sbb diraf ada mention forum

hai naqiu & diraf, ah gaytoooh
Quote September14 19-11-2019 12:00 PM
Bongok nya puak pemuja artis ni... sngup tgu smpi ke pagi buta sbb nak bgambar je? Dah tgk diorg perfom lg tgu nak amek gambar. Seyes Mmg kje sia2...

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.304025 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top