CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buang Sampah Di Luar Kereta, Pemuda Ini 'Sekolahkan' Pemandu Tersebut, 'Ingatkan Road Bully Tadi'

19-11-2019 02:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6333| Komen: 27|Original author: Shimmer Shine


 "Mak bapa tak ajar"

Sebuah video yang diambil dari 'dashcam' tular di media sosial memaparkan suasana kesibukan jalan raya.


Dalam video berdurasi seminit itu, warganet dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dari arah kanan meluru ke kereta di sebelah kiri. 


Fb

Ramai yang menyangka ia adalah satu lagi episod 'road bully' tetapi salah. Ini kerana lelaki itu sebenarnya mengambil sesuatu (dipercayai sampah yang dibuang oleh kanak-kanak dalam kereta itu) lalu meletakkan di hadapan cermin kereta tersebut.

Fb

Tindakan selambanya itu mengundang pujian kerana hanya dengan keberanian menegur sahaja mampu menyedarkan kesilapan pengguna jalan raya yang tidak berdisiplin.

Google

Malahan sindiran halus yang dilakukan pemuda itu juga mendapat pujian bernas kerana biarpun nampak meluru tetapi aspek keselamatan dijaga ketika melintas jalan.


Maka ramailah yang mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang membiarkan anaknya membuang sampah ke luar kereta. Situasi tersebut biarpun tiada dalam rakaman video namun sudah jelas mereka yang berhenti di lampu trafik tahu situasi tersebut.


Jadi, ibu bapa perlu lebih tegas dalam mendidik anak-anak atau memang ibu bapa sendiri yang bertindak sebegitu? Tahniah kepada pemuda ini yang berani menegur. Kita lebih memerlukan aksi spontan begini berbanding sikap tidak ambil tahu masyarakat. Tahniah Malaysia. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 19-11-2019 02:13 PM
mak bapak sibuk nak didik anak

buat anak ok je
Quote gummiebear 19-11-2019 02:45 PM
Orang macam ni lah yang kita mahu. Thank you, bro!
Quote any42 19-11-2019 03:09 PM
mesti panas je muka pemandu tahan malu. bgus la ada org yg brani mcm ni.

i klau drive mmg akn slalu lock tingkap slah satu sbb xbg jd kes mcm ni la. kdang2 bwk ank2 sdara bjln bdk2 ad je jajan la gula2 la mkn dlm kete pastu stat la nk buang mrata. i mmg bli siap2 plastik dlm paket tu simpan dlm glove kete snang klau ad smpah ke bdk2 muntah ke snang kumpul smpai rumah trus buang.
Quote Sangkar_Emas7 19-11-2019 03:13 PM
Perghhh...macho bro.
Quote fliphair8 19-11-2019 03:20 PM
bagus ko dek....bagi ade akai skit
Quote salmon-suki 19-11-2019 03:25 PM
Bagus2..biar kena setepek kt org y tak bertanggungjawab nih..
Quote pokaibanktokyo 19-11-2019 03:30 PM
Kipidap. Dongibab
Quote DollahRepek 19-11-2019 03:37 PM
Mahal sgt kah tong sampah kecik tu utk dibeli buat bekas sampah dalam kete?
Quote sukacactus 19-11-2019 03:45 PM
Aku hangin je tgk org buang sampah merata2 ni
Bkn payah nau pun sediakan plastik dlm kenderaan
Dah sampai destinasi, kat petrol station, tepi2 jalan kan byk tong sampah
Benda ni kena ajar dr kecik, baru biasa
Quote sarah82 19-11-2019 03:51 PM
Nah.. Aku payung... Tak ada alasan utk membuang sampah merata2..

Screenshot_20191119_155032_com.shopee.my.jpg
Quote msbegawan 19-11-2019 04:09 PM
mesti brother tu dah lama hangin
salute!!!
Quote ell768 19-11-2019 04:36 PM
padan muka..aku pun menyampah btl laa jenis buang sampah merata2 ni..
Quote Kurex 19-11-2019 04:40 PM
aku haramkan orang makan atau minum dalam kereta aku,  jadi takde masalah utk aku.

tapi yg jadi masalah, orang yg suka buang sampah merata
Quote donashikun 19-11-2019 05:43 PM
Aku plak bg lampu.. Xtau la dia paham ke tak. Suka2 ati je buang smpah. Harap je kete mahal.. Huh
Quote BuBuComey 19-11-2019 07:51 PM
Aku slalu pastikan ada plastik utk sampah dlm keta. Anak aku umur 4 tahun pun dah reti buang dlm plastik tu. Kalau dia tak jumpa plastik, dia pass kat aku. Anak ngikut perangai mak bapak, adakah mak bapaknya jenis suka buang sampah merata2?
Quote adila39 20-11-2019 08:09 AM
so awesome abg ni... ajar la anak tu oii
Quote orgsepang 20-11-2019 08:41 AM
Rakaman ini dari kereta yang anak dia buang sampah, dia viralkan sebab ingat orang tu pembuli ke? Kalau betul akak nak padankan muka dia.
Quote Modngengade 20-11-2019 08:58 AM
Yg akak peratilah..ummah jinjang dgn kelly suka buang sampah dari kereta...pprt sgt perangai
Quote mrsT 20-11-2019 09:42 AM
tqsm bro... padan muka.. bukan sekadar sampai puntung rokok tu sekali.. main buang jerkk mcm tu.. memang aku hangin sungguh manusia mcm tu..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.141075 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top