|
Foto: Instagram Ibu kepada penyanyi Lan Solo telah ditahan wad akibat serangan strok (left brain damage) awal pagi Isnin. Malah, penyanyi lagu 'Berpisah Tanpa Rela' itu juga berkongsi detik cemas apabila ibunya tiba-tiba terjatuh dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Lan berkongsi berita sedih itu di Instagram dan memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesihatan ibunya agar semuanya selamat. Melihat pada ruangan komen, rakan-rakan selebriti memberi kata-kata semangat buat Lan sekeluarga. Kami mendoakan agar ibu Lan diberikan kesembuhan. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.111185 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.